Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, June 13, 2009

Berfoya-foya Bersama Cik Raidah

Aku berfoya-foya dgn Cik Raidah malam ini.
Kami menuju ke satu destinasi yang tak pasti.
Sbnrnye pasti je, tp aku kene kompemkan 3x destinasinye dgn beliau since aku dah penah kene skali (kau faham lah sendrik ye beliau..huhu).
Sampai je, perkara pertama, MERONDA.
Tapi tiada apa yang menarik semasa MERONDA melainkan mengusha abang2 yang hensem di destinasi itu.
Tapi perlu ke desparate sgt mengusha abang2 hensem di destinasi itu?
Kami bukan desparate, maka aku perlu tukarkan perkataan desparate kpd saje suke2.
Kami ade KELAS yer..kuang3.

Perkara kedua, BERGOSIP (ini adalah WAJIB).
Dah name pon gosip, x leh lah nak hebah2 kat sini kan.
Nanti ade lak yg BUNUH DIRI tahu hal dirinye tersebar luas.
Tapi ingin ditegaskan disini..BERGOSIP sahaje yer..bukan MEMFITNAH.
Saya dan beliau adalah bersekolah agama, dan tahu hukum berfitnah.
Fitnah lagi teruk dari membunuh.
Maka jika disabitkan memfitnah, OKT leh dicaj juga dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Setelah perkara kedua selesai, tauladan atau kata2 hikmat yang dapat disimpulkan adalah..
"Kalau dah tau taik tu kotor, buat ape nak BAU, CIUM atau RASA taik tu lagi. Dah nampak taik, lari je lah."
Tapi beliau kate, "kalau taik sendri??"
Dan aku menambah, "kalau taik sendri pon, takkan still nak bau, cium atau rase ke?flush jelah! mengong!"

Setelah bosan menjalankan perkara kedua, kami memulakan sesi memotretkan wajah2 jelita kami di kamera masing2.
Sungguh kami x sangka, kami mmg dilahirkan sempurna atau dalam erti kata lain, CUMEL..
kikiki

Inilah hasilnya...



Cik Raidah, mengapakah aku rasa, potretmu lagi berlambak di camera aku?
Ish...soalan tu, takyah jawab lah..sbb aku tau, kau mmg selalu berada di camera sesiapa jua
Co Comel lah sgt kan?

4am....destinasi di tinggalkan..
Aku berfikir sejenak..
Cik Raidah, mampukah kita menjalankan aktiviti berfoya2 kita lagi jika kita sudah berumahtangga nanti?
Aku rasa kita mampu sahaja, dgn cara selepas "menidurkan" suami dan anak2 kita, kita sneak out keluar berfoya2 lagi ya?
=p

Thursday, June 4, 2009

Dialah ADIKKU.....(haha)



Dia adikku
Dia jugalah abangku
Tahu kenapa?
Kerana pada sijil lahirnya, dia jauh lebih muda dariku
Akan tetapi, badannya yang gagah perkasa membuatkan dia lebih sesuai menjadi bonzerku
Dialah adikku..

Dia adikku
Dia jugalah teman karibku
Pabila aku kebosanan tiada teman mahu bershopping
Dia bakal menjadi mangsa kerahan mengangkat barang-barangku
Dialah adikku..

Dia adikku
Dia jugalah tempat lepas geram ku
Pabila aku mula mencari salahnya
Dia tak mampu bersuara
Tahu kenapa?
Kerana seorang adik tak boleh menderhaka cakap kakaknya
Dialah adikku..

Dia adikku
Dialah buah hatiku
Walaupun aku tidak mampu mendodoikannya seperti dahulu kala
Tetapi tamparan-tamparan manja dan lenyekan-lenyekan ke atas perutnya
Petanda bahawa GUA SAYANG ADIK GUA
Dialah adikku..

*Pssstt--Adik, kalau hang bace ni, make sure 1st month gaji banje makan pizza.Sekian.

Wednesday, June 3, 2009

7 Ciri-Ciri Wanita Curang (bace!)


Gambar ini mungkin sedikit "auwww..terlebeh sudah", akan tetapi, aku tetap nk post gak.Sekian.Hikhik

Sedang aku kusyuk melayan KESYAHDUAN KELAYUAN mate bulatku di tgh malam bute ni, aku terbukak satu blog ke atas blog kat blog kwn aku..hihihi
Maka, aku terjumpe ini post dan tampal ini post sebagai post aku di blog milik ku sendri..
Setelah aku udah meleretkan senyum smpai ke getah rambut aku (mknenye lebeh panjang ah dr senyum smpai ke telinge), kebarangkalian lah wanita2 yang terase penah buat perkara2 sebegini atau lelaki2 yg penah rase perkara sebegini..itu tande2 CURANG babes..
TAK BAIK CURANG
TUHAN MARAH..
hikhik

TUJUH TANDA WANITA CURANG

1. Tiba-tiba telepon Si Wanita tiba-tiba dijawab oleh wanita robot rawak yg tidak dikenali kerana Si Wanita sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk, mendaki gunung dan menyusukan anak.

2. Si Wanita reply SMS dengan super pendek. Contohnya, "Hai. Saya pergi makan daging panda di Restoran Panda-Panda Sedunia (NO PORK NO LARD) dengan Ahmad, Bustamam, Jamal, Ali, Muthu, Zainal dan Fatimah. Saya kawan Fatimah ja. Ahmad, Bustamam, Jamal, Ali, Muthu, dan Zainal saya tidak kenal walaupun mereka sungguh kachak dan taf.".

3. Si Wanita mencari alasan tidak mahu keluar dengan Si Lelaki kerana mahu meluangkan masa mencuci mangkuk jamban di rumah & mendengar lagu Ramlah Ram.

4. Si Wanita tiba-tiba menukar status relationship dalam MS, FB, FS, GI, TW, & sbgnya kepada "Rumitnya Itu".

5. Si Wanita tiba-tiba menukar nombor telefon & merahsiakan Myspace dia.

6. Si Wanita tidak mahu menjawab telepon walaupun dia tidak bisu & pekak.

7. Si Wanita banyak marah-marah Si Lelaki walaupun Si Lelaki cuma silap menghitung bilangan sudu di atas rak buku & tidak pandai membaiki basikal.

Sila berhati-hati dengan Wanita sebegini kerana memang sah mereka suka mencurang. Usah ragu-ragu dan usah kaji selidik aktiviti mereka, tuduh terus mereka curang secara pukal & bertubi-tubi kerana mereka memang Wanita Curang Jahat Tiada Perasaan.