Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Kata-Kata. Show all posts
Showing posts with label Kata-Kata. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Antara Nikmat, Rezeki & Bersyukur

Dalam satu ketika..

Bila terkenangkan satu ayat yg aku jumpa di laman sosial milik rakan-rakan ketika menghabiskan masa membelek nota dua di dalam kamar termenung..aku pun turut termenung..

"Siapa yang berkahwin dahulu? Siapa yang mempunyai zuriat dahulu?"

Soalan yang berlega-legar di minda
Bermain-main di pelusuk dada
Bagai susah mahu meneliti apa jawapan pilihan yang ada

Rata-rata rakan-rakan di sekeliling sudah mendirikan rumahtangga
Dan rata-rata juga yang masih belum menemui pasangan hingga ke syurga

Malah ada rakan-rakan yang sudah berumahtangga tapi belum bercahaya mata
Dan malah ada juga rakan-rakan yang sudah putus cinta walau beberapa kali mencuba

Jangan dinilai takdir mereka
Berdosa kita mempertikai rezeki dan jodoh qada qadar dari Allah Taala

Dalam kesyahduan merenung masa yang ada
Kita perlu percaya..
Bukan kita yang menentukan siapa di bawah sini dan siapa di atas sana
Bukan kita yang menentukan jodoh saya siapa dan anak saya ada berapa

Harus disedari dari ahlami..
Setiap apa yang Dia kurniakan mesti bermaksud tersendiri

Mungkin yang tidak sampai-sampai jodohnya bermakna Dia mahu kamu menikmati saat gembira solo sepenuhnya
Mungkin yang tiada bercahayamata walau sudah berusaha pagi petang setiap masa bermakna Dia mahu kamu menikmati saat bulan madu bersama pasangan sepuasnya

Memang banyak kemungkinan yang ada

Yakin pada takdirNya
Berbaik sangkalah di atas setiap yang dikurniaNya
Antara nikmat, rezeki & bersyukur, kamu tahu di mana ia semua bermula....


*syukur padaMu Ya Rahman atas kurniakan nikmat suami, anak dan keluarga tercinta.


Thursday, February 21, 2013

Sang Mawar Yang Berduri

Wahai sang mawar yang berduri
Jangan di kisah cerita kelilingmu ini
Kekalkan tapakmu
Kukuhkan kelopakmu
Biar mereka berkata kau bukan dari kalangan mereka
Biar mereka meneka setiap hidup kau yang rahsia
Biar mereka menghina pada keunikan zahir yang kau ada
Asal kau tahu kau siapa
Asal kau tahu kau istimewa
Asal kau tahu kau memang sekuntum mawar yang cantik dan wangi sentiasa!

* i love red roses!

Wednesday, February 20, 2013

Ihsan Yg Tak Pasti

Bila mulut dikunci
Bila telinga dituli
Bila mata ditutup rapi
Kaki kaku melekat ke bumi
Tubuh tegak tanpa bunyi
Hati bergelodak berjuta kali
Kenapa mengharap ihsan yg tak pasti
Dunia belum kiamat lagi
Teruskan hidup ingatkan Ilahi
Insyaallah pengorbananmu syurga dirahmati!