Jangkitan selesema dan batuk dari Ayeesha Si Puteri
Membuatkan perjalanan kami sehari-hari ini tidak seberapa sempurna
Duduk tak selesa, baring tidak selesa
Semuanya seakan tidak selesa, itu maksudnya
Namun, sebenarnya ini baru sedikit dugaan yang diberi olehNya
Layakkah diri kami untuk mengeluh dan mengatakan kehidupan ini tidak sempurna demi dugaan yang sekelumit cuma?
Malu menggamit rasa
Sekecil ini pun sudah mengeluh, bagaimana jika Dia "kurniakan" dugaan yang lebih besar berganda?
Masya Allah
Mohon ampun yang Maha Esa
Ya Allah
Jika benar Kau mahu memberi kami dugaan bagi menguji keimanan dan kekuatan kami
Kami bermohon agar Kau berikan juga kami keimanan yang sangat utuh untuk kami menghadapi ujian dari Mu
Kami bermohon agar Kau berikan juga kami kekuatan yang sangat sempurna untuk kami menghadapi ujian dari Mu
Dan sesungguhnya hanya Kau lah yang sebenar-benar Haq dan Zat yang memelihara kami...
Amin Ya Rabbal Alamin..
*Dear beloved SIL & BIL, stay strong.. Dia memberi dugaan kerana Dia sayang, Dia memberi ujian kerana dia kasih.. We are both praying for the best for you.. In shaa Allah. Siapa kita untuk menyangkal takdirNya?
























