Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label heartbeat. Show all posts
Showing posts with label heartbeat. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Honeymooners In Da House!

Pada ketika mase dahulu, mak jemah slalu verangan fefeeling jadik heroin cite korea yg comey, putih2, sexy2, jalan pgg2 tgn dgn kekasih yg halal kt tgh2 taman vunge yg sejuk aman damai angin sepoi2 suhu 10°c gittew.

Tapi dulu mak jemah xdek duit, xdek asben, so keveranganan mak jemah, mak jemah simpan dlm lemari baju lah.

Smpai mase tetibe bile mak jemah dah veranak sorg, asben mak jemah boleh ajak mak jemah g jenjalan uols. Bile mak jemah tnye nk g mane, die kate, Ke Korea Kita. Ewahhh... bajet wak doyok lah tu asben mak jemah.

Mak jemah dengan eksaitednye mengumpul sehari 1.70sen selame 3 bulan, buat duit belanje beli kimchi kt korea nnti.

Maka, mak jemah dah asben selamat lah verangan fefeeling ala2 artis korea yg operet sane, operet sini, terbang selama 6 jam setengah naik belon panas ke korea ketika rakan2 di mesia sedang bercuti sempena hari pekerja.

Uish, best lah mak jemah n asben sbb jenjalan berdua tanpa si kecik jemah junior di sisi. Baru lah honeymoomers sejati. Hakhak.

Sebagai penyeri entri, mak jemah tempekkan seketoi dua gamba mak jemah dan asben buat kenang2ngan.

Kesimpulan, mau ke korea lagi!


Thursday, September 12, 2013

Abg Yg Terer!

Remember when I posted about Aku Nak here?
Hubby was so mesmerizing!
He even could read my mind when he suddenly said "Jom makan sushi kat Wangsa Walk" when I hold her arm & buat muke manje2 gittew, on our way back home after he fetched me at my office on that day.
Tak habaq, dah tau?
 
Dear darling
Terrer lah abg ni
Luv u byk2~


Friday, January 11, 2013

Dear Husband~

Dear My Husband, My Love, My Hearbeat, My Soul, My Breathing, My Everything..
How i love u so much..

I am praying that our love will last till Jannah
Amin Ya Rabbal Alamin..



Thursday, December 27, 2012

Kau Tetap Di Hati...Tempat Yang Paling Tinggi

Tangan yang bisa ku genggam
Kukuh dalam keseduan
Bahu yang bisa ku peluk
Erat dalam kesempitan
Tubuh yang bisa ku belai
Kental dalam kerinduan
Hatta ribut
Hatta taufan
Hatta hilang semua
Kau suami..
Kau tetap di hati
Tempat yang paling tinggi......


 

Wednesday, December 5, 2012

Buat Suami Yang Tiada Penggantinya

Salam penuh kasih sayang buat suami yang tiada penggantinya
Isterimu mengharap yang baik-baik sahaja untuk abg

Andai gembira hati abg, ketawa jugalah isterimu disisi
Andai berduka hati abg, bermuram jugalah isterimu disisi

Duhai sayang
Kukuhkan hatimu
Tegapkan imanmu

Sebanyak mana ujian Dia turunkan, sebanyak itu jugalah kasihNya pada kita
Sebanyak mana dugaan Dia berikan, sebanyak itu jugalah perlu takwa kita padaNya

Duhai cinta
Benarkan takdirNya
Terimalah qada qadarNya

Hari ini abg berbakti pada org tua
Esok lusa syurgalah balasannya
Sabar dan senyum dalam setiap kaedah
Tawakkal dan redha dalam setiap musibah

Duhai kekanda
Terima kasih kerana menjadi insan sempurna di mata isterimu
Isterimu menyanjungmu sepenuh kalbu.....

Tuesday, October 2, 2012

USS Awesome!

Oh long times no see ha buddies?
With the so-called very stressful working loads, i want  to fly away and away and away from this bully **** environment~
Ok, i dun want to put some other craps in this post
I just want to share a hepi2 moment only ya

With a life filled with joy and happiness together with hubby and princess, most of the time, we kept (and still keeping on) berjalan2 makan hangen je

Last September, hubby's office arranged to have a family trip to Singapore.
We are so excited (esp me!)
Brought Wawa to immigration and queued for 2 days (day 1st - submit documentation then the system down. day 2nd - collect the passport. collect only hokay but it took almost half day to complete. bengong!)
Definitely she is so adorable in her first passport photograph!
Walaupon lobang idong ade terlebeh sikit
Hahahaha

But some days after, suddenly hubby said,
"Ala sayang, bos decide tak jadi konvoi kete beramai2.. we have to take bus direct to jb n spore. Ofis prepared 2 buses."
Ohmai... princess mcm mane nk duk dlm bas?
Pas di tazkirah by our Mak, we have to sacrifice to let Wawa stay with Mak & Abah for 3 days..
Ala siannye die.. But wat to do
Rather than making herself trouble in the bus..

Got 2 buses.. 1 bus for family married couple, 1 bus for single mingle staff
Kami pegi mcm pasangan baru kawen je
Org lain dok hangkut anak
But seriesly feel so pity to those child
They were not ok with the bus condition since they cannot move a lot n the seat was quite small to comfort the child

Shopping mcm nk rak kat JPO then baru arrived JB safely n check in
Okkkaaaayyy..time ni mmg lupe kejap kat Wawa
Hahaha
Huneymuners in the house~
Ops, xleh nk cite lebeh2
=)

That nite, we had dinner function at Benafe Village which is okay-okay je lah
Hubby sgt tamak mlm tu
For himself (alone) he won 3 categories which superbly showed dat he conquered that nite..haha
1) Lawyer paling ceria
2) Peserta paling sporting; and
3) Group paling best
Senget2 kami balik hotel mengangkut 3 hamper u olsss
And the moment yg paling best (for me, for sure), bile Hubby on stage and dedicated that Jamal Abdillah song for me...
Oh hubby.. u r so much lovely
(N I dun know whether u know or not, i mule jatuh chenta with u when u sang Jamal Abdillah song in the karaoke room at Jusco AU even at that time our deting session been disturbed by Si Emon, hahaha)

A day after
We woke up in the morning and reached Singapore at 2pm
Haisshh...penat je bgn awal, last2 stuck kat immagration Singapore yg sgt hmmmm itew..
But sgt berbaloi since Universal Studio adalah sgt best!
We make to queue up to 1 and 1/2 hr to have a ride of only 5 mins in the Transformers!
Gile kan?
Hahaha
The show of Shrek 3D movie also awesome!
Surrounding fulled with the animations which make us feel like we were part of the movie
Ish, pendek kate, sume best lah!
Even the food and drinks quite expensive (A set of burger, fries & coke costing SGD12 = RM31 and mineral water 500 ml SGD2= RM5), but we were not there to fill our stomach, but to fun with the games, so no big deal lah
Ewah, berlagak yer
Hehehe

Luckily the time is limit until 700pm, or otherwise, mau kami bermalam kat sane
Hehe

Conclusion, Mr Hubby, jom pegi lagi!

 

Friday, August 17, 2012

Kini, Hidup Saya...

Sayalah isteri
Sayalah mummy
Jadual rutin harian saya sudah berubah semenjak Ayeesha Arwa menjengah dunia

6.45am

Saya pergi ke kerja seawal 645 pagi
Dihantar diambil oleh Encik Suami

Bertuah kerana mak mertua tidak mengizinkan Ayeesa Arwa dihantar ke nursery
Maka Ayeesha Arwa dipeluk Opah setiap pagi 
Kuranglah kerisauan
Kuranglah kebimbangan

8.30am

Tiba di pejabat kerja bertimbun sudah disisi
Pusing sana pusing sini
Makin banyak yang selesai, makin banyak pula yang menanti
Sedar tak sedar Encik Suami sudah mahu mengajak pulang
Kembali ke teratak tercinta, ya sayang?

5.30am

Rutin kota yang sentiasa begini
Kereta penuh setiap hari
Mengadap sesak hari-hari adalah pasti

7.00am

Tiba di teratak, jika awal haruslah memasak

Selalunya bersilat lah kami suami isteri
Isteri pegang kuali, suami pegang anak


12.00am

Saya tidur setiap malam apabila jam hari sudah masuk tarikh baru
Sebelum tidur, terlalu banyak perkara harus diselesaikan
Tapi sgt bersyukur Encik Suami sgt membantu meringankan bebanan yg perlu


Tidur pun tidaklah selena dahulu
Setiap 3 jam, Ayeesha Arwa mahu menyusu
Kdg-kdg senang sgt menidurkan dia semula
Namun kdg-kdg membuatkan saya panas 1 kepala
 
Saya tidak merungut
Saya tidak merasa beban
Apa yang saya buat, semuanya pahala
Pahala pada suami
Pahala pada anak
Moga-moga satu hari
Apabila tiba masa
Saya pula dianugerahkan syurga

Duhai Suami
Duhai Anak
Maafkan saya jika saya bukan sesempurna yang diimpi..
Maafkan saya jika saya bukan sehebat yang diingini..

=)

Thursday, August 16, 2012

Bahagia Itu Adalah Syurga

Bahagia itu ada di mana-mana
Ketika suka, ketika duka, saya masih bahagia
Ketika terang, ketika gelap, saya masih bahagia
Ketika ketawa, ketika mengalir air mata, saya masih bahagia
Kerana saya percaya
Dijadikan setiap seorang hamba-Nya bukan untuk dideritakan, tetapi untuk membahagiakan..
Bahagia itu adalah syurga
Dan syurga bahagia dunia akhirat saya adalah mereka!

 

 



Wednesday, March 14, 2012

Rules for a Happy Marriage


Rumahtangge mane yg tak bergoyang kan?
Tambah2 lg bile dpt suami kuat bebel n isteri kuat degil
(Ngeh3)
Tp x penah nye nk jadi pnjg sbb bile malam, baring sebelah2 smbil pegang fon masing2
Isteri taip bbm mngaku salah
Suami reply bbm sambung bebel
Isteri taip lagi kate bukan die sorg je yg salah
Suami reply bbm kate ngaku je salah n silalah jgn degil ckp suami sbb syurga bwh tapak kaki suami
Dan pasti..... Isteri check-mate!
(Ngeh3)

Saya suke gadoh2 dgn suami sbb selepas itu saya boleh manja2 dgn suami!
Ops!
Terlebih sudah~
Tp sesungguhnye, hidup berumahtangga adalah best.
Tak tipu punye.
=p

Pd yg dah kahwin, as we all know..
Pd yg belum kahwin, u all will know..
=)

Attached herewith RULES FOR A HAPPY MARRIAGE


Selamat mencube!
c.c En Suami Tersayang~





Friday, February 17, 2012

Saya Cuma Mahu Berkata - Saya Cinta Dia!

Saya terlalu sebak untuk menaip ketika ini

Dan Dia lah kawan baik saya, Dia lah rakan kongsi saya, Dia lah teman hidup saya, Dia lah pengarang jantung saya, Dia lah buah hati saya, Dia lah pelengkap hidup saya, Dia lah kekasih hati saya, Dia lah boyfriend saya, Dia lah tunang saya, Dia lah suami saya, Dia lah separuh nyawa saya...

Saya cuma mahu berkata - Saya Cinta Dia




*Saya yakin Dia juga tetap CINTA saya walaupun saya telah mencicirkan gelang nikah dan buah rantai mas kahwin permberian Dia pada saya....ooohhhh....my bad... =(  i am so SORRY my darling................................



Wednesday, February 15, 2012

Ganjaran Untuk Isteri Solehah

Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.



dan disini tempat seorang isteri, iaitu disisi suaminya...

*Abg, moga isterimu ini bakal menjadi bidadarimu di syurga nanti...


Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 1, 2011

Seorang Wanita Berbadan Dua

Merujuk kepada perkara di atas
Adalah dimaklumkan, bahawasanya saya dengan ini sedang mengharungi perjalanan rutin atau mungkin tidaklah rutin sgt sebagai seorang wanita yang mengandung.

Ini adalah kerana:

1) Saya mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu muntah di waktu pagi atau dalam bahasa canggihnya - MORNING SICKNESS
Akan tetapi saya adalah sedikit istimewa kerana waktu muntah saya adalah tak kira masa, tempat atau ketika.
Saya bisa muntah ketika selepas mandi di waktu pagi, ketika di dalam kereta, ketika setibanya di pejabat setiap hari, ketika sebelum makan tengahari, ketika sebelum minum petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika selepas makan malam, ketika sudah baring di sebelah suami dan malah ketika sedang nyenyak tidur.....

2) Saya juga mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu berasa loya-loya dan angin satu badan atau dalam bahasa canggihnya -TAK JUMPA DI GOOGLE
Saya bisa merasa loya yang teramat, (walaupun saya seorang loya - u spelled it as "lawyer"), dan berasa angin satu badan (walaupun saya seorang yang berkepala angin dan selalu naik angin  - u spelled it as "cenge") setiap masa.
Saya tidak betah untuk menjamah makanan yang berunsurkan angin (mcm makan angin) bagi mengelakkan simtom kedua ini menyerang dgn jayanya.
Saya perlu berkorban menelan sahaja air liur (dgn kadar yg banyak) apabila melihat sambal tempoyak, masak lemak nangka, sambal tumis udang dan petai yg dimasak mak mertua (arrgghhhh~) dan juga air teh o panas-suam yang dicicah bersama biskut empat segi!

Oleh kerana itu:

1)  Suami saya telah menjadi tukang urut secara tetap kepada saya dan kadang2 kepada mak mertua apabila saya muntah-muntah... Tidak kira masa dan ketika, suami saya sentiasa ada bersama saya untuk meredakan rasa muntah dan tidak selesa itu. Suami saya telah berusaha membeli segala jenis ubat tahan muntah, membeli segala jenis mintak angin (yg tidak membahayakan wanita mengandung seperti saya)..rumah kami dah mcm stor ubat-ubatan dan kedai minyak-minyakan..hahaha

2) Suami saya juga sejak saya perlu pantang makan ini, telah menjadi warden saya yang amat "berhemah" atau slebih tepat dikategori sbg warden yg garang dalam menjaga makan minum saya. Beliau akan sentiasa "mengkaji" jenis makanan atau minuman yang saya akan baham. Memang murni tugas beliau itu walaupun kadang2 beliau telah menghadkan makanan yang tidak sepatutnya dihadkan kepada saya. (protes). Sebagai contoh, sewaktu usia kandungan 4 bulan ke bawah, wanita mengandung tidak digalakkan utk mengambil air kelapa. Memang betul. Tapi bila saya mahu merasa nasi lemak, beliau tidak membenarkan. Alasan beliau, nasi lemak di buat daripada santan, santan adalah daripada kelapa. Eh? Saya nak makan nasi lemak! Bukan saya makan nasi air kelapa....(dush dush~)

Saya merasa segala yang berlaku adalah ujian dan dugaan dr Allah Taala. Saya cuma berfikir secara positif, walaupun saya mengalami alahan yg tidak mudah (saya tidak mahu menggunakan perkataan "teruk" kerana Kak Lynn, kakak ipar saya mengalami alahan mengandung lagi HEBAT dr saya!), saya masih kuat dan saya suka ketika dapat melihat senyuman suami saya ketika beliau usap perut saya sambil berkata...

"Anak daddy, jangan ikut perangan mummy yer...degil, x dgr cakap, sombong, garang..."

hamboh3...suke suki ye abg..patutnye abg tambah..

"Tp anak daddy ikutlah kekiutan mummy, kecomelam mummy, kesopanan dan kesusilaan mummy..bla bla bla..."

hahahaha~
 *So in love with u, Daddy Zoul Azeez~



Friday, November 18, 2011

Eh? Abg Kata Abg Bz?

Isteri : Abg, hows today? Keje ok?
Suami : Abg bz lah syg.. Keje bertimbun..
Isteri : Ok abg.. jgn stress2.. Ape2 bbm bby..
Suami : Will do, syg.

Namun....
Hahahaha...abg kantoi

Alasan abg..."lepas stress sygku..."
Hikhik~

*pesanan sang isteri...- jgn smpai bby lak yg start main...tkut mlm2 abg peluk isteri masam.."xcukup mase" nk mndi..hahaha



Thursday, November 3, 2011

Sudah 100 Hari Mama Pergi

Semalam genap 100 hari Mama pergi
Rasa mcm baru semalam tgk wajah mama yg pucat di atas katil
Rasa mcm baru semalam cium dahi, pipi dan tgn mama buat kali terakhir

Selepas solat subuh pagi semalam, dah niat dlm hati..
"Malam nanti lepas Magrib, aku nk sedekah surah Yasin kat mama.."
Tapi takdir Allah Taala
Balik dr ofis, lepas makan kat rumah mak (saya lebih suka membahasakan mak mertua sbg "mak" sbb saya mempunyai seorang "mama" dan seorang "mak"), perut mula berkocak2
Angin sudah naik satu badan
Kepala pusing2
Selepas solat Magrib, saya gagahkan diri utk membuka Kitab Suci Allah, tapi saya tak mampu
Rasa nak muntah dtg dgn tiba2
Habis separuh botol minyak cap kapak saya lumurkan pada kepala, dada dan tengkuk
Suami yang sedang menseterika baju kerja beliau dan saya (ya, mmg suami saya mengambil alih tugas2 saya kerana beliau mahu saya dapat rehat yg secukupnya )sedikit tersentak
Terus beliau urut kepala, dada dan tengkuk saya

Saya mengeluh
Kenapa "perkara" ini datang sekarang?
Saya rindu mama
Saya mahu mendekatkan diri dgn mama
Saya mahu mama tenang di sana
Saya mahu mama diterangi dgn bacaan surah Yasin yg saya mahu sedekahkan utk dia

Suami seakan naik suara
"Bukan bby sengaja tak mahu sedekahkan surah Yasin pada hari ke 100 mama pergi meninggalkan kita. Bby kena redha dgn qada qadar Allah Taala!"

Air mata meluncur laju di pipi
Tersedu sedan menahan hiba

Tapi kemudian Suami menyambung bicara
"Allah Taala tahu bby sgt sygkan mama..setiap masa bby ingtkan mama..bby anak yg baik..walau bby tak sedekahkan Yasin utk mama hari ni, tp selama hari ni bby dah jaga mama dgn sgt sempurna..mama pasti tenang kat sana.."

Dan Suami sambung lagi
"Allah Taala ambil nyawa mama dari bby, tp Allah Taala gantikan bby dgn 2 nyawa baru...Abg dan anak kita nanti...."

Aku terkedu
Sedu sedan aku kembali lebat
Dalam kebasahan aku memeluk Suami dan berkata..
"Terima kasih kerana hadir dalam hidup bby, abg..."

Buat Mama,
Tiada pengganti buat dirimu
Mama tetap nyawa kakyong smpai syurga

Buat Suami dan anak,
Kamu berdua nyawa baru utk saya..

Moga kasih sayang kita semua sampai syurga..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...




Friday, October 14, 2011

And It Begins!

Lihatlah tarikh bersalin itew...
14 June 2012!
Hai lah...perlu ke nk same2 date of birth dgn En Suami?
=)

Bak kata En Suami..
"kompem baik cam daddy die..."
hahahaha


Tuesday, October 11, 2011

Wahai Buah Hatiku

Klinik Pakar Sakit Puan Medina
Taman Melati, Kuala Lumpur

'U need to rest, jaga makan, jgn gerak byk sgt
Few days more kite check lg baby u n baru kite tahu baby u ade positive growth or not..."

"Bi, jgn masak, jgn membasuh pinggan, jgn mengemas umh, jgn basuh kain, jgn sidai kain, jgn lipat kain, jgn iron kain baju, jgn naik lrt g keje, jgn naik trun tgge, jgn tunduk nk amek barang, jgn itu, jgn ini...... BIAR ABG BUAT SEMUA"

Oh dunia, isteri ini sedikit cuak menyediakan diri utk tidak membuat apa2 kerja sepanjang tempoh kandungan ini, walhal hakikatnya isteri ini sgt tidak betah utk duduk diam dan menunggu sahaja...dan apatah lg syahdunya hati isteri ini memandang dan melihat suami yang tercinta membuat SEMUANYA..hatta basuh tgn selepas makan pun dibuat oleh nya!

*Dulu aku selalu terfikir, smpai bilakah aku mahu menanggung kepenatan menjalankan tggungjawab sebagai seorg anak, seorg kakak..? Dan hari ini Allah Taala membayar kepenatanku dgn mengirimkan kesenangan dunia melalui suami yg tercinta...betapa adilnya Yang Esa!

Wahai buah hatiku, daku mohon syurga lah tempat buatmu syg!


Friday, October 7, 2011

Its Coming Again For This Year!

Life is a unique circle
Life is same by the way it been spelled, but different in its category
U born on the same day with other people, on the same earth, in the same air
But what u feel, what u are facing for, is not same like others

It was about life
I was born 28 years ago with joy and happiness and lot of loves fr Mama n Abah
I been accompanied by 3 brothers and live happily until Mama got paralyzed and Abah started to have another marriage (i am so open to tell u this)
But that was not the sign to end the world
We, i mean, us, had gone through all obstacles in life, up and down, tears and joy
Who says, bad luck is always be a bad luck?
Just go on and put harder effort
Just let go what people might say about u
Just continue your life and plan to success

Alhamdulillah
Its coming again for this year
4th October
At this age, i am a wifey to a very luvly hubby, i am a sister to the very sengals brothers, i am a mother-to-be to a (or maybe the) very smart (insyaallah) kid (or maybe kids?), i am a lawyer in house to a very big and stable company, i got everything that i wanted...even it may not as great as others, but still, i am so thankful to Allah...Syukur...
This is what we called as fate...
Thou, if it has been stated in the Luft Mahfooz that u are going to face the failure for ONE TIME or for MANY TIMES, just think positive...insyaallah, Allah will never let the spirit of successful goes down
Happy TAWAKKAL n good luck!

*Mama, i just wanna let you know, Abg takes a very great care of me...Mama please do not worry...even no more bday wishes with ur hugs for this year, ur loves and affection are always be by my side..=).. Abg n adik2 had already wished n prayed for my happiness on my bday.. They love me as you did..




 1st suprise
2nd surprises
last surprise that make my day!

Thank you my luvly daddy-to-my-kid
Muah~

Friday, September 30, 2011

Kursus vs Suami

A very warm evening..
Dgn semangat yg tinggal sisa2, gua meneruskan kerja yg perlu dihabiskan sebelum gua cabotz
Gua sgt malas
Gua sgt ntah-kejadahnye
Gua sgt meyampah xde batasan

Aduyai
Masalah mental dah gua ni
Gua rasa gua perlu pelalian khas utk bawak gua ke Kuantan utk kursus selama 3 hari itew!
Omaigod..agak2 ah..gua baru 3 bulan kawin, xkan dah kne tgglkan suami keseorgan di kala mood masih di tahap honeymung!

Bak kata Muni (opismet gua)..
"Sayang suami di tinggal2 kan..."
Ceeeehhhhhh
Not so impressive to be applied
Boleh demam kuning gua tggalkan suami lame2

*Suamiku, duk umah elok2 yer..takyah buat ape2, rehat jer..tp kalau dah-bosan-tahap-ninja-tetel, bolehlah tlg basuhkan baju yg berlambak tu, lipatkan baju berbakul tu, ironkan baju stok seminggu tu, basuh bilik air tu, sapu sampah tu, mop lantai tu, lap habuk tu....kikikiki~ luv u!



Monday, September 5, 2011

Ini Perangai Org2 Dah Kawen Di Malam Hari

Waaahhhh
Tajuk nk gempak kan?
Tp gua xde lah meroyan mcm sesetengah manusia sume bende hal2 dah kawen nk menempek kat blog
Hal rumahtgge, masih tersimpan rapi
Ohh gitew
Cume harini satu hari memasak
Satu hari tetamu x berhenti
Malam, tetibe kebuluq nk makan burger tepi jalan
Kami laki bini melilau carik burger dr Wangsa Maju, Wangsa Melawati, Taman Melawati, AU Keramat, MRR2 tp sorg pon x jual burger
Issshh..kalau lah kami bukak gerai jual burger skang ni, kompom tahun dpn kami dah pkai Caldina...wink~ wink~
So give up..last2 tapau Mekdi, GCB in da house
Siap makan atas katil, ala2 huneymun gitew
Pas melantak dgn sopan dlm bilik, main2 leptop snap2 pic..tadak keja
Ni lah hasilnye
Hahahaha

Dan apabila kesengalan melanda...due org loyer naik gile memikirkan kami bakal bekerja pd hari Selase! ooohhh