Bismillah
Setelah lama tak menaip, mengarang satu persatu perkara dalam hidup untuk dikongsi sama-sama, akhirnya sebelum ia di telan waktu dan lupa, aku gagahkan jua
Aku perhatikan laman dia
Dia kehilangan suami lima tahun yang lalu
Di waktu anak yang sulung baru beberapa tahun mengenal dunia dan yang bongsu masih menyusu badan
Dia mula-mula rebah
Dia yang dulu sering di manjakan suami, kini perlu berdikari
Apa yang aku nampak, semangat yang keluar dari dalam dirinya
Mula-mula aku menangis membaca luahan hatinya
Tak dapat aku bayangkan bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa teman berbicara, tanpa teman suka duka, tanpa teman bermanja, tanpa separuh nyawa kita
Namun sokongan yang paling hebat dia dapat dari ibunya
Alhamdulillah, dia masih mempunyai ibu dan keluarga yang sangat menyokong segala apa di sekelilingnya
Dan kini
Setelah 5 tahun berlalu
Setelah segala liku dia hadapi, ibu yang banyak membantu dia di kala susah dan menggembirakan dia di kala berduka pergi pula dijemput Ilahi
Allah...
Allah...
Allah..
Aku yang tiada kaitan dengan dia menangis lagi..
Sekurang-kurangnya walau aku tiada ibu, aku masih ada suami..
Aku bersimpati
Ku doakan dia tabah
Setabah isteri Rasullah
Moga kau dapat bertemu kedua-dua kekasihmu di syurga kelak.
Amin.