Untuk hari Jumaat yg barakah
Di kala aku menaip ketika ini, airmata tak berhenti2 menitis
Kawan2 pejabat yg lalu di tepi aku hanya menoleh dan berkata.."sabar ye Masni.."
Dan aku hanya tersenyum..mampu tersenyum sambil otak melayang jauh...
21 Julai 3.30pm
Doktor : "Puan, saya ingin berbincang dgn ahli keluarga Makcik Rabiatul mengenai keadaan makcik"
Aku, Abg, Abgngah hanya tegak dan diam. Menunggu sebutir-sebutir perkataan yg keluar dr mulut doktor.
Doktor: "Makcik sudah tiada harapan lagi. Kami berserta pakar dah berbincang..tiada apa lagi yg mampu kami lakukan..darah makcik dah dijangkiti kulat. Kuman dalam badan makcik dah memasuki tulang belulang.. Rupa2nya kuman yg berada dalam perutnya itu berpunca dari kedua2 belah joint kaki makcik. Dah lama dah kuman tu kat situ..makcik yg x rasa.. Kuman itu merebak ke seluruh kaki dan perut. Dan mungkin pada bila2 masa kuman tu akan masuk dalam paru-paru, jantung... Dan jika pada waktu itu, jantung dan paru-paru makcik berhenti, doktor pon tak boleh nk buat CPR sbb itu akan menambahkan derita makcik..saya mintak maaf Puan.."
Aku terpana dan airmata dah mcm air gunung yg mengalir deras. Abg peluk aku dgn kuat. Abgngah tersedu2 disebelah..
Abg : "Berapa lama lagi doktor masa yg ada untuk makcik?"
Doktor : "Saya bukan Tuhan... tp apa yg saya boleh ckp, hanya tinggal sedikit saja masa yg ada..bila-bila masa.."
Ya Allah....apa lg yg mampu aku lakukan?
Benarlah kekuasaanMu
Besarlah rahmatMU
Tunjukkan lah sedikit lagi keajaibanMu Ya Allah..
Aku bermohon padaMu..
Mama,
bukan mudah untuk kakyong ucapkan selamat tinggal pada mama
mama lah nyawa kakyong
mama lah segala-galanya buat kakyong
kita susah dan senang bersama
kita menangis dan gelak bersama
kakyong tak dapat nk bayangkan hidup kakyong tanpa mama
mama...plsssss...jgn tinggalkan kakyong..