Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label insaf kejap. Show all posts
Showing posts with label insaf kejap. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Bertabahlah Wahai Wanita Itu

Bismillah
Setelah lama tak menaip, mengarang satu persatu perkara dalam hidup untuk dikongsi sama-sama, akhirnya sebelum ia di telan waktu dan lupa, aku gagahkan jua

Aku perhatikan laman dia
Dia kehilangan suami lima tahun yang lalu
Di waktu anak yang sulung baru beberapa tahun mengenal dunia dan yang bongsu masih menyusu badan
Dia mula-mula rebah
Dia yang dulu sering di manjakan suami, kini perlu berdikari
Apa yang aku nampak, semangat yang keluar dari dalam dirinya

Mula-mula aku menangis membaca luahan hatinya
Tak dapat aku bayangkan bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa teman berbicara, tanpa teman suka duka, tanpa teman bermanja, tanpa separuh nyawa kita
Namun sokongan yang paling hebat dia dapat dari ibunya
Alhamdulillah, dia masih mempunyai ibu dan keluarga yang sangat menyokong segala apa di sekelilingnya

Dan kini
Setelah 5 tahun berlalu
Setelah segala liku dia hadapi,  ibu yang banyak membantu dia di kala susah dan menggembirakan dia di kala berduka pergi pula dijemput Ilahi

Allah...
Allah...
Allah..

Aku yang tiada kaitan dengan dia menangis lagi..

Sekurang-kurangnya walau aku tiada ibu, aku masih ada suami..

Aku bersimpati

Ku doakan dia tabah
Setabah isteri Rasullah

Moga kau dapat bertemu kedua-dua kekasihmu di syurga kelak.
Amin.




Thursday, March 13, 2014

Fuuhh... Quite A While

Fuuhh... quite a while..


Things became complicated
People changed
The happiness gained had affected others' souls
They are facing misconception, misunderstand or missed-praises-to-Allah?
All of that are beyond my words
Are out of my control
If they argued the fate, they are challenging the power of the Great


Waalua'lam..




Tuesday, April 17, 2012

Huarghhh! (bunyi menguap yg kurang sopan)

Bismillah
Mulakan hari Selasa mu dengan menguap~~~~
Hahahaha
Seriesly mengantuk tahap ninja tetel je arini
Pdhal gua semalam lepas balik keje, stuck dlm jem kat KL, then paw En Suami Tutti Frutti penuh cup (hamek kaw kene dekat tige poloh hengget semangkuk!), usha2 Proton Preve kat showrom, makan Kay Ep Si atas katil, mandi dan trus tdo............
Ape ntah yg gua buat smlm smpai pagi ni gua menguap selang 3 menet
Oh baru gua tringt...
Gua x bace Quran walau sebaris pun sblm tdo smlm dan juga mlm smlm dan juga malam... (eh, dah bape hari x bace Quran ni?)
Sbb tu syaitan-syaitan nirrajim dah berjaya masuk dlm perut, otak dan hati gua sewaktu gua tdo..
So pagi ni, menguap yg penuh dgn kemalasan kesan dr joget lambak anak2 iblis durjana dlm bdn gua..
Uish, insaf2..

Moral - Jom kembali ke jalan yg benarrrrrrrrrrr~ (r kasik bunyik lebeh sket yer?)


Friday, March 30, 2012

Dan Ini Adalah Benar!

Bila kita jdi jhat, org benci
Bila kita jdi baik org meluat
Bila kita ikut sruhan agma,ada org kta kita blgak alim
Bila kita lngr sruhan agma,ada org kta Astaghfirullah..apa nk jdi.

Bila kita ikut praturan ada org kta kita skema
Bila kita lngr praturan, ada org kta kita ni mcm xde msa dpn

Bila kita tegur dgn baik,ada org kta kita bjet bgus
Bila kita tegur ksar, ada org kta kita ni kurang ajr

Bila kita pkai sopan-sopan,ada org kta kita ni kmpong giler
Bila kita pkai dedah sna sni,ada org kta kita ni xde hrga dri
Dan sebenarnya rmai org lain x b'puas hti dgn dri kita..apa yg kita buat semua slh,smuanya x btul d mta mereka..klau buat slah sudah tentu slah tetapi jika buat baik pn msih ada yg mengata.INGAT,kputusan yg kita ambil,langkah yg kita perlu fkirkn ialah pandgan ALLAH s.w.t trhdp kita......BUKAN dri pndgan mnusia .....

Saye telah mengkopi-pes dr status Nolly Comel...(mekasih ;])..sbb saye sgt shuke ini stetmen!

Hoyeah~


Wednesday, March 14, 2012

The Scale of the Universe - Subhanallah~

Allah The Almighty!
Subhanallah~

Click HERE to see greatness of The Creator

*rase cam kerdilnye diri ni nak dibandingkan dgn kewujudan2 makhluk lain kat bumi Allah Taala ni...

Thursday, April 7, 2011

Malu Sebahagian Daripada Iman

Oh saya malu mengetahui kamu yang tak tahu malu!

MALU menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud - merasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah.

MALU dikatakan perasaan negatif yang mencengkam seseorang setelah menyedari perilakunya yang tidak senonoh. Ia juga perasaan positif pada seseorang sebelum melakukan sesuatu yang kurang atau tidak elok.

Dan Hadis dr Rasulullah SAW mengatakan, manusia yg hidup tanpa MALU, ibarat tanpa iman. MALU adalah sebahagian daripada iman.

Sudah terang-terangan, manusia yg hidup dgm IMAN dan MALU, akan menjalani hidup yang sempurna..akan sentiasa menjaga MARUAHNYA.

Tapi nak buat macam mana kan...dah memang agaknya tak de MALU, maka MARUAH ntah ke mana2.
Belajar tinggi2..kerja hebat2..gaji lebat2..pakai tudung, jaga aurat, berbakti pd ibu ayah, tp rupenye x de MARUAH.
KASIHAN

Pesanan buat lelaki2 di luar sana...carilah calon isteri yg ade sifat MALU dan sentiasa menjaga MARUAHNYA.  

psssttt..jgn carik calon isteri yg masih gile kat kekasih lame! ops~





Monday, March 28, 2011

Dugaan Itu Hadir Dan Semakin Memdekati


Semakin menghitung hari
Sebanyak itu kita mengenali hati budi


(Emon, sila bace! hehe)


Credit to : http://lynnamill.blogspot.com
Dari pembacaan saya antara penyebab banyak dugaan ni, sebab syaitan ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah. Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.
  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.
  6. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  7. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?
  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.
  3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.
  6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.
  7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.
Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita harus pandai2 mengawal keadaan. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.


* I Love U So Much, Abg~




Wednesday, January 19, 2011

PEGHAK aka JAKUN

Baru nk merasa..
Kasik lah chance DIA/MEREKA bongkak sikit
Sikit je kasik chance ye
Lebeh2,, mmg gua taip je sms..
"Awat PEGHAK sgt?"

p/s-belajar mensyukuri nikmat Tuhan dgn menghargai setiap apa yg ada disekeliling..tiap kali berada di ATAS, tawadduk, tiap kali berada di BAWAH, redha.. Dah namenye pon hidup mcm roda..bukan takat perut je mcm roda kan? =)


Thursday, December 16, 2010

Keputusan Bukan Suatu Perkara Mudah Utk Dilakukan

Wah
Tajuk bunyik hebat (itu dlm hati lu kan?)
Takde yg hebat pon
Keputusan = semua org kene buat = normal
Tp sejauh mane degree of consequences, happy, sad, effective...bukan mudah!
Gua berbicara sama teman selalok seperjuangan td
Mmg byk bicara yg berilmu certain2 time kami insaf kami bercerita
Berguna jugak lu wahai teman seperjuangan.. =p

Kita semakin besar (umur dan badan)
Terlalu byk perkara nk diambil peduli
Dari hal keluarga, kerjaya, sahabat handai smpailah hal rumah tangga
Fasa demi fasa kita lalui
Dari budak hingusan, smpailah dah jadi loyer burok sebegini
Dari anak dara smpailah nk jadi mak dara sikit hari lg
Dan setiap fasa memerlukan *"sedikit" pengorbanan wang ringgit, perasaan, jiwa raga atau air mata

Tapi yakinlah,
Selagi AKAL di hadapan FIKIRAN
Selagi NAFSU di belakang IMAN,
Gua pasti, keputusan utk setiap pilihan adalah menjadi BIJAK
Dan keputusan memberi impak POSITIF pada setiap aspek hidup

Utk lu my teman meronggeng seperjuangan,
KUAT dan YAKIN utk setiap keputusan
Gud luck Dear!

p/s - Gua YAKIN dgn setiap keputusan yg gua ambik..sbb gua pilih BAHAGIA, gua tamau DERITA.

*tetibe rindu mama (dan incik tunang juge) - CO- DECISION MAKER gua. Ops!


Thursday, November 18, 2010

Appreciation of Life!

Dear life,
We started to build our things from A,
And we know, we have to end up till Z.
The journey from A to Z is not in a blink of eye
And its not for only a piece of mind.


Dear life,
You called urself as complicated
We admit.
You said, in between, we would laugh all the time
And in between, we also would cry all the time
At the end, u added, even we laugh a lot, even we cry a lot, life must go on.


Today, we do not know, whether our journey just reached E(simply began) or X(simply ending), we realized, we have to appreciate you
Once it ended, we got  no other "you"..

Appreciation of life!

NMJ
18112010/806pm


Monday, November 1, 2010

How To Improve Your Life, Dude! - Must Read-

This is amazing, Randy Pausch 47 yrs old, A computer Sc. lecturer from Mellon University. he died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book ‘The last lecture” before then, one of the bestsellers in 2007. What a legacy to leave behind… 

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn.
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree. ----saye suke ini!

Community:

15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy


p/s - oh i love this short n meaningful reminder!


Wednesday, October 20, 2010

I Look, I See, I Membebel Dlm Hati!

Im not so prejudice in judging someone just by their appearance
But sometime, their apprearances look funny or annoying. Ya..ANNOYING!
Ishhh..KESIAN
I could understand if they wanted to be so glamorous or being sgt-hebat-lah-kan
But, dont FOOL yourself lah, dude!

Ape kejadah pakai spek-mate-itam-reybeng-celop naik lrt pagi-pagi bute smbil senyum bangge?
Aduhai..........

Moral - nk bergaye, pandang kiri, pandang kanan sket...dr nk jadi vogue, trus nmpk mcm sarkas. Btter choose healthy n simple life! Trust me, JUST BE YOURSELF =)

::NiniSengalnessPredicted::

Monday, August 30, 2010

Hamka Said.....

Menurut Hamka :

"Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya
Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya
Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya
Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya."


Smbung gua...
Kalau dah tak pandai bg ucapan, jgn nk tunjuk cerdik...
Kalau dah tak cekap pd tindakan, jgn nk tunjuk berani..
Kalau dah tak berketrampilan, jgn nk tunjuk bijak...
Kalau dah tak reti nk jaga peribadi, jgn nk tunjuk mulia!

Atau..
Kamu jd yg sedang-sedang sahaja
Jgn tunjuk cerdik, tp kamu sememangnya cerdik
Jgn tunjuk berani, tp kamu sememangnya berani
Jgn tunjuk ketrampilan sgt, tp kamu sememangnya sgt berketrampilan,
TAPI JAGA LAH PERIBADI, AGAR KAMU SENTIASA NAMPAK MULIA!

p/s - gua dah PENAT nk melayan org2 bengong yg tak tahu nk jage peribadi dan nmpk mulia at least sedikit. TAK MALU KE?????????????



::NiniSengalnessPredicted::

Friday, August 13, 2010

Rotasi Hidup Ini

Quite lame gua tak update blog
Ade yg ingt gua dah hilang ingatan trhdp blog gua
Agak2 ah hilang ingt kan?
Hoho
Life s so like butterfly
And full with bling2
Kan gua dah ckp
Insan yg sgt PENYABAR, Allah akan gandakan kebahagian dia
Sape nk sangka
Minah yg dulu org dok kutuk2, hina2, caci2, lempar dgn umpat keji
Dr kecik harung tanggungjwb yg besar
Disulami dgn dugaan2 yg kadang2 mmg membuatkan gua jatuh tersungkur smpai tahap luka truk
Tapi la ni, dok kukuh berdiri tegak
Dok senyum menyengeh 24jam mcm kerang busuk
KUASA TUHAN kan??
Syukur...ALHAMDULILLAH.

Soalan gua...
Apa lah yg korg leh dapat kalau korg asik kutuk org, hina org, caci org, umpat keji org?
Korg rase korg dah HEBAT sgt?
Korg rase korg dah SEMPURNA sgt?
Ingt...langit tu ada tinggi, ade rendah..
Kite ni sekadar duduk kat bwh langit
Kalau hujan...basah
Kalau terik..panas
Insaf weh...insaf...


::NiniSengalnessPredicted::

Friday, March 19, 2010

...Allah Permudahkan Cara..

KELEBIHAN SURAH ALAM NASYRAH

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Surah Al-Inshirah / Alam Nasyrah.


Terjemahan: 

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
-

Thursday, March 18, 2010

Dalam Mendalami Erti BERSYUKUR dan BERSABAR

*izinkan..

...bila bertemu kesusahan & kesedihan, Allah mendidik kita tentang SABAR. Bila bertemu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila yg susah datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila yg senang menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pd setiap masa, peristiwa dan manusia. Belajar mendalami SYUKUR dan menghargai sesuatu sementara ada di dalam hidup kita...

 

Dalam mendalami erti SABAR dan SYUKUR, aku sekali lagi TERSUNGKUR!


Tuesday, March 9, 2010

Cerita Beberapa Keping Hati Yang Busuk


Cerita Pertama

Kau ada anak
Aku ada anak
Aku mau anak aku senang lenang
Tapi aku mau anak kau lintang pukang
Aku mau anak aku hidup mewah
Tapi aku mau anak kau hidup susah

Cerita kedua

Kau ada anak
Aku ada anak
Aku mau anak aku kawen org kaya
Tapi aku mau anak kau kawen org papa
Aku mau anak aku senyum atas pelamin meriah
Tapi aku mau anak kau masam atas pelamin murah

Cerita ketiga

Kau ada boyfren
Aku xda boyfren
Aku mau boyfren
Tapi aku mau yg kau punye
Aku nak juga
Tapi kau juara
Aku tak puas hati
Maka aku mau hidup kau mati


Cerita hati yang busuk yang berada di mana2
Di depan kamu, di belakang kamu
Mengapa mau berdengki
Jika rezeki Tuhan utk dikongsi2
Mengapa mau berdendam 
Jika bumi Tuhan hanya pinjaman


Tuesday, March 2, 2010

MUST READ! NO JOKE!

IVE RECEIVED AN EMAIL FROM MAKSU. THIS IS A VERY INTERESTING "NO-JOKE" REAL STORY. TAKEN FROM ONE SINGLE MUSLIM LADY'S BLOG.READ GUYS!

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.
Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn.
Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

"Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again," Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab.
Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai
visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.


and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org
ni...


+++++++++++++++++++

Aa'ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework
pasal you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we'all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab u'll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem masjid ke?

chill..........


"Farshia Arissa said,

September 4, 2009 @ 3:39 am

I have no Hadith or quote from the Qur'an to support whatever I'm going to say here, cause you see, I'm not Islamic.. but I am proud to be a Muslim.

To Miss A'ha, let me tell you something. Saya dibesarkan di US sehingga umur saya 18 tahun, dan pulang ke Malaysia 6 tahun lepas. So as you can expect, I have a Western upbringing. Bila balik ke Malaysia , I continue my life here as a Muslim and a Malay as how I was taught when I was in US.

Here, I have seen so many Westerners-wanna-bes like you... and trust me, eventhough you think you're all hyped up with your hedonist life, you're nothing but a toy to your company. Do you really think you have all the potential just because you have all the "qualifications" to entertain your clients in clubs? Darling, you're a just a cheap bait that allowed yourself to be exploited in such a way. Btw, if you're reading this, I hope you're able to comprehend me since I noticed most "sorority-like" chicas like you in Malaysia just ACT like the whites, but speak funny English.

It's crystal clear to me that you're suffering from a major culture shock, and you need serious help. Trust me, Malaysians, the Malays particularly, look awful in skimpy outfits no matter how you tried to pull them off.
Nampak macam Philippine hookers. This is actually agreed by many. You can try to bleach your skin, colour your hair etc, but in the end, you're still an Asian like all those people in tudung that you called mak nenek or kampung.

You kata orang lain kolot? Hahaha that's the funniest part, I shall say.
Judging from the way you reacted to this post, well honey, let's admit it, you pun sama kolot jugak. Whoever said people that wear tudung can't make it? Siapa still guna "becoz" lagi zaman 2009 ni? Are you still stuck in the 90's? And 'chill'?? You still use 'chill' too??

I juga bertudung and at the age of 24, I'm already an executive in a very established insurance company in Malaysia . No one seems to have a problem with the way I dress, and the fact that I wear baju kurung sometimes. Not even the non-muslims. So kalau orang Islam sendiri yang menghina Islam yang lain for carrying her duty as a Muslim, I suggest you cermin la diri tu and do some serious deep thinking. Siapa yang kolot sebeanrnya?

I think you should come out from your own little world, open your mind a tiny wee bit, and realized that there are other ways for people to succeed in life rather than wearing slutty attires to entertain clients in karaokes, clubbing, etc.. Newsflash, orang macam you memang biasa digunakan oleh orang2 atasan company you untuk jadi umpan jaga client. They don't see your potential, they see what's beneath your skirt. I'm not making this up.
I tau sebab I pun banyak client that own companies. Diorang CEO, so they tell me stuff. I hope I gave you some insight of who you really are now.

To the blog owner, trust me, you lose nothing for not working in a company that failed to see the potential under your tudung. In fact, you have saved yourself from self-humiliation. There's a bigger world waiting for you out there, so keep your chin up ya? (Embedded image moved to file: pic01869.jpg)Image removed by sender.<<<<<
 
Reply terkini kat blog tu
i pernah alami perkara yang sama. tapi yang bezanya, HR yang menginterview i tu seorang perempuan yang bertudung. bila dahtunggu time untuk interview, tak selak pon my resume or application form terus buat conclusion.. "well kami mencari candidates yang boleh serve arak untuk visitors, customers and suppliers.. and i think you're not suitable for this position kerana kamu...1. pakai tudung 2. beragama Islam" position yang ditawarkan adalah HR
Executive.. aper jadah HR exec kener serve arak and entertain customer????
aku sengih jer.. belum habis dia cakap i terus "potong" ayat dia (sebab tau sure tak dapat) "as an experienced HR Executive, you shud know and identify your candidates before you shortlisted.. and now u have wasting my time... anyway, you nama jer Islam and pakai tudung, sila jaga adab ketika bercakap..tolong cermin diri u tu dulu sebelom nak nasihat orang.. kalau sekadar nak kerja and jadik balaci orang kafir.. itu tak berkat.. awak boleh buang application and resume saya"
nak tahu company apa??? M**** O** di Pulau Indah... at the end, Allah tu Maha Adil.. after 5 years, i terima resume this ladies to apply a job at my place to be my assistant...subhanaAllah