Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, January 19, 2012

Kalaulah Aku Sekejam Itu

Kalaulah aku sekejam itu
Dah lama dah hati aku hilang di telan zaman
Kalaulah aku sekejam itu
Dah lama dah hati aku lenyap di kunyah bumi
Kalaulah aku sekejam itu
Dah lama dah hati aku hancur di mamah usia

Aku seorang kakak yang agak berhati batu
Aku seorang kakak yang agak cakap ikut suka dan marah melulu
Aku seorang kakak yang agak bertindak mengikut hati dan nafsu

Namun aku juga seorang kakak yang masih mempunyai jiwa
Namun aku juga seorang kakak yang masih mempunyai sifat seperti manusia mulia
Namun aku juga seorang kakak yang sentiasa yakin pada rezeki dan qada qadar dariNya

Walau aku berhati batu, aku masih boleh menyusun jari memohon ampun dan maaf darimu
Walau aku cakap ikut suka dan marah melulu, aku masih boleh diam membisu
Walau aku bertindak mengikut hati dan nafsu, aku masih boleh mengingati jasa dan pengorbanan insan-insan tersyg di samping aku

Duhai adik
Bukan ku mahu melemparkan kasih syg mu
Bukan ku mahu meletakkan mu jauh dari hatiku
Cuma aku mahu kau tahu bahawa hidup ini...
Bukan semudah seperti yang kau harapkan pertolongan dariku
Bukan semudah seperti yang kau butuhkan bantuan dariku

Duhai adik
Sedari kecil kau ku sanjung
Sedari kecil kau ku tanggung
Namun sampai bila?

Sudah sampai masanya kau menakhoda bahtera hidupmu sendiri
Jangan pernah ada alas
Jangan pernah ada malas
Doa ku panjatkan
Tawakkal ku titipkan
Moga dunia mu tanpa sebelah tangan dariku di berkati olehNya...


Duhai adik

Kalaulah kakakmu sekejam itu........................
Pasti itu bukan aku.



Tuesday, January 17, 2012

Kerna Yang Tak Mudah Itu Indah!

2012
Tahun baru yang dimulakan dgn Bismillah
Dan disudahi dgn..ops, belum sudah lg...masih panjang sisa tahunan ku ini

Sedari mula
Niat di hati ingin memulakan semua yang positif
Ingin menghamburkan semua yang negatif jauh ke dasar pelusuk bumi

Sifat murni perlu dicontohi
Sikap keji harus dijauhi
Azam yang bunyi sungguh suci, bukan?

Namun hati ini rupanya agak rapuh mengharungi sedikit coba-coba dunia
Namun jiwa ini rupanya agak goyah mengharungi sedikit duga-duga yang ada

Alahai
Jika dulu hatimu kuat wahai Masni
Mengapa kini kau bisa bergoyang mengadap karenah manusia yang di luar sudah tak elok, di dalam apatah lagi?
Aduhai
Jika dulu hatimu gagah wahai Masni
Mengapa kini kau bisa bergegar menghadap telatah manusia yang busuk lagi membusukkan?

Duhai hati
Yakinlah bahawa tak semua yang pahit itu racun
Dan tak semua yang manis itu madu (of kos madu itu "tak manis!-x rela taw)

Ala....
Baru tercuit sikit, jgn mudah melatah wahai Masni

Maka manusia-manusia di luar sana
Ingin ku pesan di sini
Walau kau cuit
Walau kau cubit
Ku tak endah
Kerana yang tak mudah itu indah!


*Suamiku syg....isterimu ini semakin manja dan mengada-ngada...aduhhh...=p


Wednesday, January 4, 2012

Sungguh Lah Bertekan-Tekanan

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah

Hari ni bisa gua konklusikan sebagai hari yg sungguh lah tertekan, menekan, tekan-tekan, bertekan dan tekan lain yang seangkatan dengannya
Hari ini disebabkan hati yang amat sakit, jiwa yang amat lah dah lama bersabar membuatkan gua login jobsmalaysia dan jobstreet kembali (walaupun gua dah lupa password sendiri)
Hari ini disebabkan meluah perasaan kpd Encik Azizul, membuatkan gua menerima tazkirah atau lebih tepat sekali sesi ceramah motivasi diri dari Encik Suami yang tercinta itu (u r so talented lah darling!)
Hari ini disebabkan gua tak bisa memfokuskan minda, gua telah berjaya mensetelkan segalaaaaaa kerja yang bertimbun atas meja gua
Hari ini disebabkan naluri yang bergelodak-gelodak membuatkan insan kecil dalam perut gua bergerak dgn hebat, tendang sana sini, senak sana sini...
Aduyai hari ini, mengapa kau ke mari?