Dah lama dah hati aku hilang di telan zaman
Kalaulah aku sekejam itu
Dah lama dah hati aku lenyap di kunyah bumi
Kalaulah aku sekejam itu
Dah lama dah hati aku hancur di mamah usia
Aku seorang kakak yang agak berhati batu
Aku seorang kakak yang agak cakap ikut suka dan marah melulu
Aku seorang kakak yang agak bertindak mengikut hati dan nafsu
Namun aku juga seorang kakak yang masih mempunyai jiwa
Namun aku juga seorang kakak yang masih mempunyai sifat seperti manusia mulia
Namun aku juga seorang kakak yang sentiasa yakin pada rezeki dan qada qadar dariNya
Walau aku berhati batu, aku masih boleh menyusun jari memohon ampun dan maaf darimu
Walau aku cakap ikut suka dan marah melulu, aku masih boleh diam membisu
Walau aku bertindak mengikut hati dan nafsu, aku masih boleh mengingati jasa dan pengorbanan insan-insan tersyg di samping aku
Duhai adik
Bukan ku mahu melemparkan kasih syg mu
Bukan ku mahu meletakkan mu jauh dari hatiku
Cuma aku mahu kau tahu bahawa hidup ini...
Bukan semudah seperti yang kau harapkan pertolongan dariku
Bukan semudah seperti yang kau butuhkan bantuan dariku
Duhai adik
Sedari kecil kau ku sanjung
Sedari kecil kau ku tanggung
Namun sampai bila?
Sudah sampai masanya kau menakhoda bahtera hidupmu sendiri
Jangan pernah ada alas
Jangan pernah ada malas
Doa ku panjatkan
Tawakkal ku titipkan
Moga dunia mu tanpa sebelah tangan dariku di berkati olehNya...
Duhai adik
Kalaulah kakakmu sekejam itu........................
Pasti itu bukan aku.





No comments:
Post a Comment