Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Amalan Ketika Hamil

Wahai ibu2 mgndung yg cumel2 seluruh dunia, jom sama2 amalkan!

Thursday, February 23, 2012

Permata Hati (2)

Assalamualaikum
Hai anak ibu!
Ibu tahu anak ibu mesti tgh la la la kat dlm perut ibu tu sbb tubuh anak ibu skang semakin sihat dan membesar..
Esok umur anak ibu sudah annam boolan!
Hoyeaahhh~
Kejap sungguh masa berlalu
Rasenye baru smlm je baju2 vogue ibu masih muat dipakai
Akan tetapi skang ibu rase sume baju dah mcm lekat takleh nk tanggal bile ibu pkai
Huhuhu~

Duhai anak ibu
Hari tu kan
Ibu dah iron baju utk dipakai g keje
Skali ibu pkai pagi tu, baju tu tersekat kat pinggang
Pastu ibu rase cam frust sgt
Ibu bebel2 sorg2
Rase nk marah, tp nk marah sape?
Rase nk salahkan, tp nk salahkan sape?
Last2 ayahmu membagi setepek kat ibu..
"Nak marah Tuhan sbb bg rezeki anak? Atau nk salahkan anak sebab sihat dlm perut tu?"
Ibu terkedu n kompomlah ayaq mata mengalir macam air paip..
Hihihi~
Apa daaa ibu ni kan anak ibu?
Cengeng tak bertempat..

Duhai anak ibu
Ibu mu ini masihlah menghadapi simtom muntah tertonggek2 di pagi hari mahupun di malam hari
Smpai opah mu sedikit hairan mengapa ibu mu ini "spesel" sungguh
Slalunye org lain mengandung masuk 4 bulan, dah berhenti alah, tp ibu mu ini masih lah terkejang2 muntah di pagi hari ataupun tertahan2 kincing muntah di dalam kereta ketika pulang dr kerja
Kesian Ferrari ayahmu itu terpakse menanggung bau muntah ibu setiap hari..
Hehehe~

Duhai anak ibu
Berat ibu sudah berjaya dinaikkan sebanyak 3 kg!
Hoyeah lagi skali!
Ingat senang ibu nk berjaya hingga ke tahap ini?
Punyelah seksa ibu memotivasikan diri utk mengadap makanan ruji itu hari2
Nasi dah mcm bendasing bg ibu
Ish...atau adakah sbnrnye anak ibu yg bertastekan org barat ni?
Iyelah...asik nk mekdi, spagetti, roti cheese aje kerjenye?
Hamboih3...boleh tahan demand anak ibu ye?

Tapi kan anak ibu, buat mase skang yg paling best ialah ayahmu sudah tidak bebel panjang sgt bile tetibe ibu nk makan jeruk pelam kat giant ataupun air root beer kat 7e..
Heaven!
Mari kite same2 terima kasih kat ayah ye!
Hehehe~


Duhai anak ibu
Sungguh ramai yg tertanya2 apakah jantina anak ibu ini?
Ibu dan ayah asik sengeh2 bila mereka berteka teki
Anak ibu ini org dapo ataupun org anjung?
(ini adalah bahasa kiasan ye anak ibu..kalau x fhm, nnti dah besar, tanya cikgu sastera waktu form 4 nanti ye anak ibu? hehe)
Biarlah anak ibu ni org dapo or org anjung, jnji anak ibu sihat sempurna membesar dgn lebih chantek. ops~

Oklah anak ibu
Dirimu sedang menendang2 dgn hebat perut ibu di waktu ini
Laparkah?
Ok2...kelmarin sudah makan mekdi, semalam sudah makan yong tau foo
Hari ini kita makan nasi dan lauk yg opah masak di rumah ye
Kesian opah dah masak special utk kita
Kang opah merajuk, sape nk bela ibu dan anak ibu?
Jom ucap terima kasih juge pd opah yg satu itu!
Hehehe~

Untuk anak ibu
Ibu dan ayah sayang diri mu selalu
Dadadadadada~


Wednesday, January 4, 2012

Sungguh Lah Bertekan-Tekanan

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah

Hari ni bisa gua konklusikan sebagai hari yg sungguh lah tertekan, menekan, tekan-tekan, bertekan dan tekan lain yang seangkatan dengannya
Hari ini disebabkan hati yang amat sakit, jiwa yang amat lah dah lama bersabar membuatkan gua login jobsmalaysia dan jobstreet kembali (walaupun gua dah lupa password sendiri)
Hari ini disebabkan meluah perasaan kpd Encik Azizul, membuatkan gua menerima tazkirah atau lebih tepat sekali sesi ceramah motivasi diri dari Encik Suami yang tercinta itu (u r so talented lah darling!)
Hari ini disebabkan gua tak bisa memfokuskan minda, gua telah berjaya mensetelkan segalaaaaaa kerja yang bertimbun atas meja gua
Hari ini disebabkan naluri yang bergelodak-gelodak membuatkan insan kecil dalam perut gua bergerak dgn hebat, tendang sana sini, senak sana sini...
Aduyai hari ini, mengapa kau ke mari?

Thursday, December 22, 2011

Permata Hati (1)

Assalamualaikum
Duhai anak ibu
Sihatkah anak ibu di dalam itu?
Ibu harap anak ibu gembira dan bahagia tinggal di dalam perut ibu
Kerna ibu tahu, saiz perut ibu yg lebar itu membuatkan anak ibu bisa golek2, pusing, terkangkang, terlentang ikut suka hati anak ibu

Setakat hari ini, usia anak ibu sudah menjangkau 15 minggu bersamaan 105 hari..
Macam tak percaya sudah besar anak ibu di dalam itu
Rasa baru semalam ibu dan ayah eksaitet menunggu 2 garisan merah pd penunjuk kehamilan yg dibeli di farmasi di Sri Rampai sekembali kami dr ofis
Dan utk pengetahuan anak ibu, itu adalah penunjuk kehamilan yg ke 4 kami beli..
Kami begitu teruja untuk mendapatkan kamu wahai anak ibu sampai tahap baru lewat sehari kitaran bulanan ibu, ayahmu sudah mengarahkan ibu menggunakan alat itu di hadapan beliau utk beliau tahu ibu mengandung atau belum
Apa daaaa ayah kamu wahai anak ibu..seganlah ibu mahu berbuat sedemikian..
Tp kamu jgn khuatir, ibu masih seorang yg pemalu..ibu menggunakan alat itu di dalam bilik air dan ayahmu berada di luar pintu bilik air..
Betapa gembira nya kami (setelah ujian kali ke 4) bila dapat tahu ibumu ini mengandungkan kamu wahai anak ibu
Kami melompat bersama2
Nyaris runtuh rumah kita wahai anak ibu
Dapat dilihat dr riak muka ayah mu yg dia begitu bahagia utk mendapatkanmu
Sengeh sampai ke telinga setiap kali dia menceritakan berita kehamilan ibu pd mereka2
Ibu jugak yg tetap menten ayu
Bila mereka2 ucapkan tahniah pd kami, ibu senyum dgn penuh manis
Walaupun sekadar senyuman, namun hati ibu sungguhlah berbunga riang

Duhai anak ibu
Sehingga ke saat ini, ibumu masih lagi mengalami alah yang sedikit kurang menyenangkan
Ibu masih lagi muntah di waktu pagi, ptg atau malam
Ibu masih lagi tidak lalu makan
Ibu masih lagi loya, pening dan kadang2 terasa pitam
Muka ibu sungguhlah pucat walaupun sebelum pergi kerja ibu mekap lah jugak sikit2 ala2 Rozita Che Wan
Takut ayah mu kata ibu kufur nikmat pd set make up Bobby Brown yg beliau beri sewaktu hantaran kahwin kami dulu
Ibu nampak tak bermaya
Berat ibu turun sehingga 5 kg
Kalau dulu, berat badan ibu turun 0.5 kg pun pasti ibu buat sujud syukur
Namun kini, turun berat badan adalah suatu perkara yg ingin dielakkan
Tapi anak ibu, kamu jgn risau
Ibu mu kuat dan bersemangat
Ayahmu juga walaupun suka membebel pd ibu yg kadang2 sedikit degil, tetap menyokong ibu setiap waktu

Duhai anak ibu
Menurut Dr Marsita, gynae ibu, dirimu sedikit "lasak" di dalam perut ibu
Tp kata beliau, kamu sgt sihat
Kamu mempunyai tubuh yang tinggi
Nampak gayanya kamu mengikut ketinggian Papa Ngah, Papa Yang n Cu Intan kamu
Kerna ibu dan ayahmu adalah comel lotey =)
Dengupan jantungmu sungguh jelas kedengaran
Ibu dan ayahmu tertawa2 manja menonton kamu di skrin scan 4D di klinik itu
Sehingga tahap, doktor juga tertawa bersama
Ohh...kamu sungguh comel wahai anak ku..(mungkin juga turun ibumu..haha)

Duhai anak ibu
Kami bahagia memperoleh kamu
Semoga dirimu sihat sejahtera, membesar dgn sempurna
Sila duduk dgn sopan dan santun di dalam perut ibu itu ye

Salam sayang,
Ibumu dan ayahmu...

Thursday, December 1, 2011

Seorang Wanita Berbadan Dua

Merujuk kepada perkara di atas
Adalah dimaklumkan, bahawasanya saya dengan ini sedang mengharungi perjalanan rutin atau mungkin tidaklah rutin sgt sebagai seorang wanita yang mengandung.

Ini adalah kerana:

1) Saya mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu muntah di waktu pagi atau dalam bahasa canggihnya - MORNING SICKNESS
Akan tetapi saya adalah sedikit istimewa kerana waktu muntah saya adalah tak kira masa, tempat atau ketika.
Saya bisa muntah ketika selepas mandi di waktu pagi, ketika di dalam kereta, ketika setibanya di pejabat setiap hari, ketika sebelum makan tengahari, ketika sebelum minum petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika selepas makan malam, ketika sudah baring di sebelah suami dan malah ketika sedang nyenyak tidur.....

2) Saya juga mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu berasa loya-loya dan angin satu badan atau dalam bahasa canggihnya -TAK JUMPA DI GOOGLE
Saya bisa merasa loya yang teramat, (walaupun saya seorang loya - u spelled it as "lawyer"), dan berasa angin satu badan (walaupun saya seorang yang berkepala angin dan selalu naik angin  - u spelled it as "cenge") setiap masa.
Saya tidak betah untuk menjamah makanan yang berunsurkan angin (mcm makan angin) bagi mengelakkan simtom kedua ini menyerang dgn jayanya.
Saya perlu berkorban menelan sahaja air liur (dgn kadar yg banyak) apabila melihat sambal tempoyak, masak lemak nangka, sambal tumis udang dan petai yg dimasak mak mertua (arrgghhhh~) dan juga air teh o panas-suam yang dicicah bersama biskut empat segi!

Oleh kerana itu:

1)  Suami saya telah menjadi tukang urut secara tetap kepada saya dan kadang2 kepada mak mertua apabila saya muntah-muntah... Tidak kira masa dan ketika, suami saya sentiasa ada bersama saya untuk meredakan rasa muntah dan tidak selesa itu. Suami saya telah berusaha membeli segala jenis ubat tahan muntah, membeli segala jenis mintak angin (yg tidak membahayakan wanita mengandung seperti saya)..rumah kami dah mcm stor ubat-ubatan dan kedai minyak-minyakan..hahaha

2) Suami saya juga sejak saya perlu pantang makan ini, telah menjadi warden saya yang amat "berhemah" atau slebih tepat dikategori sbg warden yg garang dalam menjaga makan minum saya. Beliau akan sentiasa "mengkaji" jenis makanan atau minuman yang saya akan baham. Memang murni tugas beliau itu walaupun kadang2 beliau telah menghadkan makanan yang tidak sepatutnya dihadkan kepada saya. (protes). Sebagai contoh, sewaktu usia kandungan 4 bulan ke bawah, wanita mengandung tidak digalakkan utk mengambil air kelapa. Memang betul. Tapi bila saya mahu merasa nasi lemak, beliau tidak membenarkan. Alasan beliau, nasi lemak di buat daripada santan, santan adalah daripada kelapa. Eh? Saya nak makan nasi lemak! Bukan saya makan nasi air kelapa....(dush dush~)

Saya merasa segala yang berlaku adalah ujian dan dugaan dr Allah Taala. Saya cuma berfikir secara positif, walaupun saya mengalami alahan yg tidak mudah (saya tidak mahu menggunakan perkataan "teruk" kerana Kak Lynn, kakak ipar saya mengalami alahan mengandung lagi HEBAT dr saya!), saya masih kuat dan saya suka ketika dapat melihat senyuman suami saya ketika beliau usap perut saya sambil berkata...

"Anak daddy, jangan ikut perangan mummy yer...degil, x dgr cakap, sombong, garang..."

hamboh3...suke suki ye abg..patutnye abg tambah..

"Tp anak daddy ikutlah kekiutan mummy, kecomelam mummy, kesopanan dan kesusilaan mummy..bla bla bla..."

hahahaha~
 *So in love with u, Daddy Zoul Azeez~



Thursday, November 3, 2011

Sudah 100 Hari Mama Pergi

Semalam genap 100 hari Mama pergi
Rasa mcm baru semalam tgk wajah mama yg pucat di atas katil
Rasa mcm baru semalam cium dahi, pipi dan tgn mama buat kali terakhir

Selepas solat subuh pagi semalam, dah niat dlm hati..
"Malam nanti lepas Magrib, aku nk sedekah surah Yasin kat mama.."
Tapi takdir Allah Taala
Balik dr ofis, lepas makan kat rumah mak (saya lebih suka membahasakan mak mertua sbg "mak" sbb saya mempunyai seorang "mama" dan seorang "mak"), perut mula berkocak2
Angin sudah naik satu badan
Kepala pusing2
Selepas solat Magrib, saya gagahkan diri utk membuka Kitab Suci Allah, tapi saya tak mampu
Rasa nak muntah dtg dgn tiba2
Habis separuh botol minyak cap kapak saya lumurkan pada kepala, dada dan tengkuk
Suami yang sedang menseterika baju kerja beliau dan saya (ya, mmg suami saya mengambil alih tugas2 saya kerana beliau mahu saya dapat rehat yg secukupnya )sedikit tersentak
Terus beliau urut kepala, dada dan tengkuk saya

Saya mengeluh
Kenapa "perkara" ini datang sekarang?
Saya rindu mama
Saya mahu mendekatkan diri dgn mama
Saya mahu mama tenang di sana
Saya mahu mama diterangi dgn bacaan surah Yasin yg saya mahu sedekahkan utk dia

Suami seakan naik suara
"Bukan bby sengaja tak mahu sedekahkan surah Yasin pada hari ke 100 mama pergi meninggalkan kita. Bby kena redha dgn qada qadar Allah Taala!"

Air mata meluncur laju di pipi
Tersedu sedan menahan hiba

Tapi kemudian Suami menyambung bicara
"Allah Taala tahu bby sgt sygkan mama..setiap masa bby ingtkan mama..bby anak yg baik..walau bby tak sedekahkan Yasin utk mama hari ni, tp selama hari ni bby dah jaga mama dgn sgt sempurna..mama pasti tenang kat sana.."

Dan Suami sambung lagi
"Allah Taala ambil nyawa mama dari bby, tp Allah Taala gantikan bby dgn 2 nyawa baru...Abg dan anak kita nanti...."

Aku terkedu
Sedu sedan aku kembali lebat
Dalam kebasahan aku memeluk Suami dan berkata..
"Terima kasih kerana hadir dalam hidup bby, abg..."

Buat Mama,
Tiada pengganti buat dirimu
Mama tetap nyawa kakyong smpai syurga

Buat Suami dan anak,
Kamu berdua nyawa baru utk saya..

Moga kasih sayang kita semua sampai syurga..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...




Monday, October 31, 2011

"Perkara" Itu Sudah Menyerang Dgn Jayanya!

Uweeek...
Uweeekk...
Burppp...
Burpppp...
Erkk...
Erkkk...

Sekali skala juga akan kluar
Prett...
Prettt..

Sekian laporan kondisi ibu mengandung

*Abg, abg pun rase same x? huhuhuhu~



Friday, October 14, 2011

And It Begins!

Lihatlah tarikh bersalin itew...
14 June 2012!
Hai lah...perlu ke nk same2 date of birth dgn En Suami?
=)

Bak kata En Suami..
"kompem baik cam daddy die..."
hahahaha


Tuesday, October 11, 2011

Wahai Buah Hatiku

Klinik Pakar Sakit Puan Medina
Taman Melati, Kuala Lumpur

'U need to rest, jaga makan, jgn gerak byk sgt
Few days more kite check lg baby u n baru kite tahu baby u ade positive growth or not..."

"Bi, jgn masak, jgn membasuh pinggan, jgn mengemas umh, jgn basuh kain, jgn sidai kain, jgn lipat kain, jgn iron kain baju, jgn naik lrt g keje, jgn naik trun tgge, jgn tunduk nk amek barang, jgn itu, jgn ini...... BIAR ABG BUAT SEMUA"

Oh dunia, isteri ini sedikit cuak menyediakan diri utk tidak membuat apa2 kerja sepanjang tempoh kandungan ini, walhal hakikatnya isteri ini sgt tidak betah utk duduk diam dan menunggu sahaja...dan apatah lg syahdunya hati isteri ini memandang dan melihat suami yang tercinta membuat SEMUANYA..hatta basuh tgn selepas makan pun dibuat oleh nya!

*Dulu aku selalu terfikir, smpai bilakah aku mahu menanggung kepenatan menjalankan tggungjawab sebagai seorg anak, seorg kakak..? Dan hari ini Allah Taala membayar kepenatanku dgn mengirimkan kesenangan dunia melalui suami yg tercinta...betapa adilnya Yang Esa!

Wahai buah hatiku, daku mohon syurga lah tempat buatmu syg!