Rasa mcm baru semalam tgk wajah mama yg pucat di atas katil
Rasa mcm baru semalam cium dahi, pipi dan tgn mama buat kali terakhir
Selepas solat subuh pagi semalam, dah niat dlm hati..
"Malam nanti lepas Magrib, aku nk sedekah surah Yasin kat mama.."
Tapi takdir Allah Taala
Balik dr ofis, lepas makan kat rumah mak (saya lebih suka membahasakan mak mertua sbg "mak" sbb saya mempunyai seorang "mama" dan seorang "mak"), perut mula berkocak2
Angin sudah naik satu badan
Kepala pusing2
Selepas solat Magrib, saya gagahkan diri utk membuka Kitab Suci Allah, tapi saya tak mampu
Rasa nak muntah dtg dgn tiba2
Habis separuh botol minyak cap kapak saya lumurkan pada kepala, dada dan tengkuk
Suami yang sedang menseterika baju kerja beliau dan saya (ya, mmg suami saya mengambil alih tugas2 saya kerana beliau mahu saya dapat rehat yg secukupnya )sedikit tersentak
Terus beliau urut kepala, dada dan tengkuk saya
Saya mengeluh
Kenapa "perkara" ini datang sekarang?
Saya rindu mama
Saya mahu mendekatkan diri dgn mama
Saya mahu mama tenang di sana
Saya mahu mama diterangi dgn bacaan surah Yasin yg saya mahu sedekahkan utk dia
Suami seakan naik suara
"Bukan bby sengaja tak mahu sedekahkan surah Yasin pada hari ke 100 mama pergi meninggalkan kita. Bby kena redha dgn qada qadar Allah Taala!"
Air mata meluncur laju di pipi
Tersedu sedan menahan hiba
Tapi kemudian Suami menyambung bicara
"Allah Taala tahu bby sgt sygkan mama..setiap masa bby ingtkan mama..bby anak yg baik..walau bby tak sedekahkan Yasin utk mama hari ni, tp selama hari ni bby dah jaga mama dgn sgt sempurna..mama pasti tenang kat sana.."
Dan Suami sambung lagi
"Allah Taala ambil nyawa mama dari bby, tp Allah Taala gantikan bby dgn 2 nyawa baru...Abg dan anak kita nanti...."
Aku terkedu
Sedu sedan aku kembali lebat
Dalam kebasahan aku memeluk Suami dan berkata..
"Terima kasih kerana hadir dalam hidup bby, abg..."
Buat Mama,
Tiada pengganti buat dirimu
Mama tetap nyawa kakyong smpai syurga
Buat Suami dan anak,
Kamu berdua nyawa baru utk saya..
Moga kasih sayang kita semua sampai syurga..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...





2 comments:
Nini ,
Pemergian "mama" Allah gantikan dengan kehadiran "mama baru"..KAMU sendiri lah "mama baru" itu. Jadilah "mama" terbaik sebaik arwah mama kamu...
sori masni aku xtau mak ko da pergi,,semoga rohnya dicucuri rahmat...amiin..
Post a Comment