Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 22, 2011

Permata Hati (1)

Assalamualaikum
Duhai anak ibu
Sihatkah anak ibu di dalam itu?
Ibu harap anak ibu gembira dan bahagia tinggal di dalam perut ibu
Kerna ibu tahu, saiz perut ibu yg lebar itu membuatkan anak ibu bisa golek2, pusing, terkangkang, terlentang ikut suka hati anak ibu

Setakat hari ini, usia anak ibu sudah menjangkau 15 minggu bersamaan 105 hari..
Macam tak percaya sudah besar anak ibu di dalam itu
Rasa baru semalam ibu dan ayah eksaitet menunggu 2 garisan merah pd penunjuk kehamilan yg dibeli di farmasi di Sri Rampai sekembali kami dr ofis
Dan utk pengetahuan anak ibu, itu adalah penunjuk kehamilan yg ke 4 kami beli..
Kami begitu teruja untuk mendapatkan kamu wahai anak ibu sampai tahap baru lewat sehari kitaran bulanan ibu, ayahmu sudah mengarahkan ibu menggunakan alat itu di hadapan beliau utk beliau tahu ibu mengandung atau belum
Apa daaaa ayah kamu wahai anak ibu..seganlah ibu mahu berbuat sedemikian..
Tp kamu jgn khuatir, ibu masih seorang yg pemalu..ibu menggunakan alat itu di dalam bilik air dan ayahmu berada di luar pintu bilik air..
Betapa gembira nya kami (setelah ujian kali ke 4) bila dapat tahu ibumu ini mengandungkan kamu wahai anak ibu
Kami melompat bersama2
Nyaris runtuh rumah kita wahai anak ibu
Dapat dilihat dr riak muka ayah mu yg dia begitu bahagia utk mendapatkanmu
Sengeh sampai ke telinga setiap kali dia menceritakan berita kehamilan ibu pd mereka2
Ibu jugak yg tetap menten ayu
Bila mereka2 ucapkan tahniah pd kami, ibu senyum dgn penuh manis
Walaupun sekadar senyuman, namun hati ibu sungguhlah berbunga riang

Duhai anak ibu
Sehingga ke saat ini, ibumu masih lagi mengalami alah yang sedikit kurang menyenangkan
Ibu masih lagi muntah di waktu pagi, ptg atau malam
Ibu masih lagi tidak lalu makan
Ibu masih lagi loya, pening dan kadang2 terasa pitam
Muka ibu sungguhlah pucat walaupun sebelum pergi kerja ibu mekap lah jugak sikit2 ala2 Rozita Che Wan
Takut ayah mu kata ibu kufur nikmat pd set make up Bobby Brown yg beliau beri sewaktu hantaran kahwin kami dulu
Ibu nampak tak bermaya
Berat ibu turun sehingga 5 kg
Kalau dulu, berat badan ibu turun 0.5 kg pun pasti ibu buat sujud syukur
Namun kini, turun berat badan adalah suatu perkara yg ingin dielakkan
Tapi anak ibu, kamu jgn risau
Ibu mu kuat dan bersemangat
Ayahmu juga walaupun suka membebel pd ibu yg kadang2 sedikit degil, tetap menyokong ibu setiap waktu

Duhai anak ibu
Menurut Dr Marsita, gynae ibu, dirimu sedikit "lasak" di dalam perut ibu
Tp kata beliau, kamu sgt sihat
Kamu mempunyai tubuh yang tinggi
Nampak gayanya kamu mengikut ketinggian Papa Ngah, Papa Yang n Cu Intan kamu
Kerna ibu dan ayahmu adalah comel lotey =)
Dengupan jantungmu sungguh jelas kedengaran
Ibu dan ayahmu tertawa2 manja menonton kamu di skrin scan 4D di klinik itu
Sehingga tahap, doktor juga tertawa bersama
Ohh...kamu sungguh comel wahai anak ku..(mungkin juga turun ibumu..haha)

Duhai anak ibu
Kami bahagia memperoleh kamu
Semoga dirimu sihat sejahtera, membesar dgn sempurna
Sila duduk dgn sopan dan santun di dalam perut ibu itu ye

Salam sayang,
Ibumu dan ayahmu...

Friday, December 9, 2011

Dia Suami Saya, Saya Isteri Dia (1)

di suatu petang nan hiba

"abg bz nk mmpos" kata suami
"bby bz smpai nmpk sungguh comel" balas isteri

20 saat berlalu

"bby, knp x rply?" kata suami lg
"eh abg..knp x dpt bbm bby? kat status tulis r dah" kata isteri pula

10 saat lagi berlalu
"bby..knp diam ni?" suami trus berkata lg
"abg, bby dah rply lah. ape mslh bbm abg ni?" isteri trus membalas

dan setelah beberapa saat

"mungkin abg takleh baca ayat2 yg x berkaitan kot. contohnya ayat memuji diri sendiri dan sebagainya. tetibe abg akan lost connection" suami menerangkan panjang lebar

hahahahaha
banyak lah abg!
tak leh trime hakikat dpt bini comel
=p
*luv u syg~

Thursday, December 1, 2011

Seorang Wanita Berbadan Dua

Merujuk kepada perkara di atas
Adalah dimaklumkan, bahawasanya saya dengan ini sedang mengharungi perjalanan rutin atau mungkin tidaklah rutin sgt sebagai seorang wanita yang mengandung.

Ini adalah kerana:

1) Saya mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu muntah di waktu pagi atau dalam bahasa canggihnya - MORNING SICKNESS
Akan tetapi saya adalah sedikit istimewa kerana waktu muntah saya adalah tak kira masa, tempat atau ketika.
Saya bisa muntah ketika selepas mandi di waktu pagi, ketika di dalam kereta, ketika setibanya di pejabat setiap hari, ketika sebelum makan tengahari, ketika sebelum minum petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika selepas makan malam, ketika sudah baring di sebelah suami dan malah ketika sedang nyenyak tidur.....

2) Saya juga mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu berasa loya-loya dan angin satu badan atau dalam bahasa canggihnya -TAK JUMPA DI GOOGLE
Saya bisa merasa loya yang teramat, (walaupun saya seorang loya - u spelled it as "lawyer"), dan berasa angin satu badan (walaupun saya seorang yang berkepala angin dan selalu naik angin  - u spelled it as "cenge") setiap masa.
Saya tidak betah untuk menjamah makanan yang berunsurkan angin (mcm makan angin) bagi mengelakkan simtom kedua ini menyerang dgn jayanya.
Saya perlu berkorban menelan sahaja air liur (dgn kadar yg banyak) apabila melihat sambal tempoyak, masak lemak nangka, sambal tumis udang dan petai yg dimasak mak mertua (arrgghhhh~) dan juga air teh o panas-suam yang dicicah bersama biskut empat segi!

Oleh kerana itu:

1)  Suami saya telah menjadi tukang urut secara tetap kepada saya dan kadang2 kepada mak mertua apabila saya muntah-muntah... Tidak kira masa dan ketika, suami saya sentiasa ada bersama saya untuk meredakan rasa muntah dan tidak selesa itu. Suami saya telah berusaha membeli segala jenis ubat tahan muntah, membeli segala jenis mintak angin (yg tidak membahayakan wanita mengandung seperti saya)..rumah kami dah mcm stor ubat-ubatan dan kedai minyak-minyakan..hahaha

2) Suami saya juga sejak saya perlu pantang makan ini, telah menjadi warden saya yang amat "berhemah" atau slebih tepat dikategori sbg warden yg garang dalam menjaga makan minum saya. Beliau akan sentiasa "mengkaji" jenis makanan atau minuman yang saya akan baham. Memang murni tugas beliau itu walaupun kadang2 beliau telah menghadkan makanan yang tidak sepatutnya dihadkan kepada saya. (protes). Sebagai contoh, sewaktu usia kandungan 4 bulan ke bawah, wanita mengandung tidak digalakkan utk mengambil air kelapa. Memang betul. Tapi bila saya mahu merasa nasi lemak, beliau tidak membenarkan. Alasan beliau, nasi lemak di buat daripada santan, santan adalah daripada kelapa. Eh? Saya nak makan nasi lemak! Bukan saya makan nasi air kelapa....(dush dush~)

Saya merasa segala yang berlaku adalah ujian dan dugaan dr Allah Taala. Saya cuma berfikir secara positif, walaupun saya mengalami alahan yg tidak mudah (saya tidak mahu menggunakan perkataan "teruk" kerana Kak Lynn, kakak ipar saya mengalami alahan mengandung lagi HEBAT dr saya!), saya masih kuat dan saya suka ketika dapat melihat senyuman suami saya ketika beliau usap perut saya sambil berkata...

"Anak daddy, jangan ikut perangan mummy yer...degil, x dgr cakap, sombong, garang..."

hamboh3...suke suki ye abg..patutnye abg tambah..

"Tp anak daddy ikutlah kekiutan mummy, kecomelam mummy, kesopanan dan kesusilaan mummy..bla bla bla..."

hahahaha~
 *So in love with u, Daddy Zoul Azeez~



Friday, November 18, 2011

Eh? Abg Kata Abg Bz?

Isteri : Abg, hows today? Keje ok?
Suami : Abg bz lah syg.. Keje bertimbun..
Isteri : Ok abg.. jgn stress2.. Ape2 bbm bby..
Suami : Will do, syg.

Namun....
Hahahaha...abg kantoi

Alasan abg..."lepas stress sygku..."
Hikhik~

*pesanan sang isteri...- jgn smpai bby lak yg start main...tkut mlm2 abg peluk isteri masam.."xcukup mase" nk mndi..hahaha



Thursday, November 3, 2011

Sudah 100 Hari Mama Pergi

Semalam genap 100 hari Mama pergi
Rasa mcm baru semalam tgk wajah mama yg pucat di atas katil
Rasa mcm baru semalam cium dahi, pipi dan tgn mama buat kali terakhir

Selepas solat subuh pagi semalam, dah niat dlm hati..
"Malam nanti lepas Magrib, aku nk sedekah surah Yasin kat mama.."
Tapi takdir Allah Taala
Balik dr ofis, lepas makan kat rumah mak (saya lebih suka membahasakan mak mertua sbg "mak" sbb saya mempunyai seorang "mama" dan seorang "mak"), perut mula berkocak2
Angin sudah naik satu badan
Kepala pusing2
Selepas solat Magrib, saya gagahkan diri utk membuka Kitab Suci Allah, tapi saya tak mampu
Rasa nak muntah dtg dgn tiba2
Habis separuh botol minyak cap kapak saya lumurkan pada kepala, dada dan tengkuk
Suami yang sedang menseterika baju kerja beliau dan saya (ya, mmg suami saya mengambil alih tugas2 saya kerana beliau mahu saya dapat rehat yg secukupnya )sedikit tersentak
Terus beliau urut kepala, dada dan tengkuk saya

Saya mengeluh
Kenapa "perkara" ini datang sekarang?
Saya rindu mama
Saya mahu mendekatkan diri dgn mama
Saya mahu mama tenang di sana
Saya mahu mama diterangi dgn bacaan surah Yasin yg saya mahu sedekahkan utk dia

Suami seakan naik suara
"Bukan bby sengaja tak mahu sedekahkan surah Yasin pada hari ke 100 mama pergi meninggalkan kita. Bby kena redha dgn qada qadar Allah Taala!"

Air mata meluncur laju di pipi
Tersedu sedan menahan hiba

Tapi kemudian Suami menyambung bicara
"Allah Taala tahu bby sgt sygkan mama..setiap masa bby ingtkan mama..bby anak yg baik..walau bby tak sedekahkan Yasin utk mama hari ni, tp selama hari ni bby dah jaga mama dgn sgt sempurna..mama pasti tenang kat sana.."

Dan Suami sambung lagi
"Allah Taala ambil nyawa mama dari bby, tp Allah Taala gantikan bby dgn 2 nyawa baru...Abg dan anak kita nanti...."

Aku terkedu
Sedu sedan aku kembali lebat
Dalam kebasahan aku memeluk Suami dan berkata..
"Terima kasih kerana hadir dalam hidup bby, abg..."

Buat Mama,
Tiada pengganti buat dirimu
Mama tetap nyawa kakyong smpai syurga

Buat Suami dan anak,
Kamu berdua nyawa baru utk saya..

Moga kasih sayang kita semua sampai syurga..
Amin Ya Rabbal 'Alamin...




Monday, October 31, 2011

"Perkara" Itu Sudah Menyerang Dgn Jayanya!

Uweeek...
Uweeekk...
Burppp...
Burpppp...
Erkk...
Erkkk...

Sekali skala juga akan kluar
Prett...
Prettt..

Sekian laporan kondisi ibu mengandung

*Abg, abg pun rase same x? huhuhuhu~



Friday, October 14, 2011

And It Begins!

Lihatlah tarikh bersalin itew...
14 June 2012!
Hai lah...perlu ke nk same2 date of birth dgn En Suami?
=)

Bak kata En Suami..
"kompem baik cam daddy die..."
hahahaha


Tuesday, October 11, 2011

Wahai Buah Hatiku

Klinik Pakar Sakit Puan Medina
Taman Melati, Kuala Lumpur

'U need to rest, jaga makan, jgn gerak byk sgt
Few days more kite check lg baby u n baru kite tahu baby u ade positive growth or not..."

"Bi, jgn masak, jgn membasuh pinggan, jgn mengemas umh, jgn basuh kain, jgn sidai kain, jgn lipat kain, jgn iron kain baju, jgn naik lrt g keje, jgn naik trun tgge, jgn tunduk nk amek barang, jgn itu, jgn ini...... BIAR ABG BUAT SEMUA"

Oh dunia, isteri ini sedikit cuak menyediakan diri utk tidak membuat apa2 kerja sepanjang tempoh kandungan ini, walhal hakikatnya isteri ini sgt tidak betah utk duduk diam dan menunggu sahaja...dan apatah lg syahdunya hati isteri ini memandang dan melihat suami yang tercinta membuat SEMUANYA..hatta basuh tgn selepas makan pun dibuat oleh nya!

*Dulu aku selalu terfikir, smpai bilakah aku mahu menanggung kepenatan menjalankan tggungjawab sebagai seorg anak, seorg kakak..? Dan hari ini Allah Taala membayar kepenatanku dgn mengirimkan kesenangan dunia melalui suami yg tercinta...betapa adilnya Yang Esa!

Wahai buah hatiku, daku mohon syurga lah tempat buatmu syg!


Friday, October 7, 2011

Its Coming Again For This Year!

Life is a unique circle
Life is same by the way it been spelled, but different in its category
U born on the same day with other people, on the same earth, in the same air
But what u feel, what u are facing for, is not same like others

It was about life
I was born 28 years ago with joy and happiness and lot of loves fr Mama n Abah
I been accompanied by 3 brothers and live happily until Mama got paralyzed and Abah started to have another marriage (i am so open to tell u this)
But that was not the sign to end the world
We, i mean, us, had gone through all obstacles in life, up and down, tears and joy
Who says, bad luck is always be a bad luck?
Just go on and put harder effort
Just let go what people might say about u
Just continue your life and plan to success

Alhamdulillah
Its coming again for this year
4th October
At this age, i am a wifey to a very luvly hubby, i am a sister to the very sengals brothers, i am a mother-to-be to a (or maybe the) very smart (insyaallah) kid (or maybe kids?), i am a lawyer in house to a very big and stable company, i got everything that i wanted...even it may not as great as others, but still, i am so thankful to Allah...Syukur...
This is what we called as fate...
Thou, if it has been stated in the Luft Mahfooz that u are going to face the failure for ONE TIME or for MANY TIMES, just think positive...insyaallah, Allah will never let the spirit of successful goes down
Happy TAWAKKAL n good luck!

*Mama, i just wanna let you know, Abg takes a very great care of me...Mama please do not worry...even no more bday wishes with ur hugs for this year, ur loves and affection are always be by my side..=).. Abg n adik2 had already wished n prayed for my happiness on my bday.. They love me as you did..




 1st suprise
2nd surprises
last surprise that make my day!

Thank you my luvly daddy-to-my-kid
Muah~

Tuesday, October 4, 2011

Kukhabarkan Berita Ini Buatmu Di Hari Jadiku..

Bagaimana harus ku mula
Ku buntu tanpa kata-kata

Ku pendam rasa ini
Ku laung namanya dalam hati
Ku bayang senyumannya di dalam mimpi
Ku rasa kucupannya dalam sendiri

Ku tersenyum
Ku ketawa
Mengenang saat kita sama bahagia

Ku tertangis
Ku merana
Mengenang saat kita sama berduka

Kau insan yg melahirkan aku ke dunia
Kau insan yg menjagaku dr sekecil tapak tangan sehingga menjadi matang usia
Kau insan yg sanggup berkorban apa saja
Kau insan yg tak pernah mengenal pahit derita
Kau harung segala demi anak-anak yg tercinta

Andai dapat ku balas jasamu wahai Mama
Akan ku korbankan segala harta dunia demi kebahagiaanmu
Andai dapat ku balas budimu wahai Mama
Akan ku korbankan segala jiwa raga demi kesenanganmu

Duhai Mama
Hari ini Anakandamu cukup 28 tahun bernafas di muka bumi Ilahi
Walau tiada ucapan kasih syg darimu utk tahun ini
Tapi Anakandamu sentiasa ingat setiap pesanan, setiap kata-kata mu
Segalanya tersemat dalam hati...kekal abadi..

Duhai Mama
Kukhabarkan berita ini buatmu di hari jadiku..
Perkara yang bisa buat dirimu gembira
Perkara yang ditunggu-tunggu olehmu sekian lama
Dari jauh ku sampaikan..
Dirimu bakal menjadi Tok Mama...

Senyumlah wahai Mama
Anakandamu memendam rindu yg nyata

Al Fatihah buat arwah Mama yang tercinta
Allahyarhamah Rabiatul Adawiah binti Hj Ahmad Doa

Friday, September 30, 2011

Kursus vs Suami

A very warm evening..
Dgn semangat yg tinggal sisa2, gua meneruskan kerja yg perlu dihabiskan sebelum gua cabotz
Gua sgt malas
Gua sgt ntah-kejadahnye
Gua sgt meyampah xde batasan

Aduyai
Masalah mental dah gua ni
Gua rasa gua perlu pelalian khas utk bawak gua ke Kuantan utk kursus selama 3 hari itew!
Omaigod..agak2 ah..gua baru 3 bulan kawin, xkan dah kne tgglkan suami keseorgan di kala mood masih di tahap honeymung!

Bak kata Muni (opismet gua)..
"Sayang suami di tinggal2 kan..."
Ceeeehhhhhh
Not so impressive to be applied
Boleh demam kuning gua tggalkan suami lame2

*Suamiku, duk umah elok2 yer..takyah buat ape2, rehat jer..tp kalau dah-bosan-tahap-ninja-tetel, bolehlah tlg basuhkan baju yg berlambak tu, lipatkan baju berbakul tu, ironkan baju stok seminggu tu, basuh bilik air tu, sapu sampah tu, mop lantai tu, lap habuk tu....kikikiki~ luv u!



Monday, September 5, 2011

Ini Perangai Org2 Dah Kawen Di Malam Hari

Waaahhhh
Tajuk nk gempak kan?
Tp gua xde lah meroyan mcm sesetengah manusia sume bende hal2 dah kawen nk menempek kat blog
Hal rumahtgge, masih tersimpan rapi
Ohh gitew
Cume harini satu hari memasak
Satu hari tetamu x berhenti
Malam, tetibe kebuluq nk makan burger tepi jalan
Kami laki bini melilau carik burger dr Wangsa Maju, Wangsa Melawati, Taman Melawati, AU Keramat, MRR2 tp sorg pon x jual burger
Issshh..kalau lah kami bukak gerai jual burger skang ni, kompom tahun dpn kami dah pkai Caldina...wink~ wink~
So give up..last2 tapau Mekdi, GCB in da house
Siap makan atas katil, ala2 huneymun gitew
Pas melantak dgn sopan dlm bilik, main2 leptop snap2 pic..tadak keja
Ni lah hasilnye
Hahahaha

Dan apabila kesengalan melanda...due org loyer naik gile memikirkan kami bakal bekerja pd hari Selase! ooohhh




Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Untuk En Suami yg tercinta
Salam Aidilfitri diucapkan
Maafkan segala salah silap, ter"melawan" cakap, ter"degil"..=)
Halalkan makan minum
Terima kasih untuk segala-galanya
Abg lah pelengkap hidup bby
Sayang abang hingga akhir hayat..

Untuk Abah yg tersayang
Salam Aidilfitri juge diucapkan
Maafkan segala salah silap Kyong
Halalkan makan mnum Kyong
Mama dah takde..Abahkan tempat kami semua menunpang kasih sekarang
Moga Abah sentiasa sihat dan panjang umur..

Untuk Abgngah, Abgyang n Adik Intan
Salam Aidilfitri juge
Maafkan Kyong kalau Kyong ada terkasar bahasa terlanjur kata terbebel2 kat mana2
Percayalah, korang semua adalah nyawa Kyong
Kyong sayang korang semua

Untuk Mak Mertua, Abah Mertua, Abg Ipar n Kakak Ipar
Salam Aidilfitri buat semuaanya
Terima kasih memberi peluang untuk bersama2 meraikan Aidilfitri
Moga Mak, Abah, Abg Azrul, Kak Zura, Abg Herol, Kak Yanti, Abg Ijan n Kak Lynn serta anak2 buah (Haikal, Hazeeq, Adam, Alya, Syafiyah, Hakeem, n Nadiyah) sentiasa sihat dan dipanjangkan umur agar Nini dpt merasa kasih syg ikhlas ini sehingga akhir hayat Nini

Untuk sanak saudara, kawan2, rakan taulan
Ampun maaf dipinta
Halalkan segala makan minum
Moga kite semua sentiasa di bawah lembayung rahmatNya

Untuk Arwah Mama
Walaupun Mama xde kat sini kami buat tahun ini
Tapi kasih syg Mama tetap kukuh dalam hati 
Kami tahu, Mama kat sane sentiasa bahagia
Kami semua rindu Mama..
Rindu sgt3........




*Subhanallah...aku bersyukur utk setiap rezeki kebahagiaan yg Kau berikan padaku...

Sunday, August 21, 2011

Hari Sabtu Yg Penuh Kejayaan

Salam 10 Ramadhan
Salam hari sabtu yg penuh "kejayaan"

1) Saya telah berjaya (bersame2 En Suami juge) bangun pagi ketika hari dah tak boleh dipanggil pagi lagi (smiley face with menyeringai) (jgn diamalkan selalu...rezeki lambat masuk....)
2) Saya telah berjaya bershopping bahan2 nk buat kuih raya...hahahaha (sile gelak ye!)
3) Saya telah berjaya membeli perabot ruang tamu yg baru...kuang3
4) Saya telah berjaya memujuk En Suami utk ke Jalan TAR yg sesak itu utk bershopping mhopping raya
5) Saya telah berjaya menghabiskan 3 round nasi lemak kukus mak mertua saya utk berbuka puasa

Dan yang paling best,
6) Saya telah berjaya mengalahkan En Suami dlm pertandingan "Kentut Sape Lg Best?". OMG, this is so unbelievable..hahaha

Sekian sahaja laporan "kejayaan" saya pada hari ini.
Ok, bai.

*Moga amalan2 saya juga setanding kejayaan2 saya utk hari ini...amin...

Wednesday, August 17, 2011

Jadilah Penguat Hati Ini............

Teringat
Ada saat dan ketikanya perasaan yg sayu menyelubungi hati
Ada saat dan ketikanya jiwa jadi begitu runtun sekali
Ada saat dan ketikanya nadi berdenyut dengan lemah menyendiri
Ada saat dan ketikanya air mata berguguran tanpa henti

Dan
Pelukan Mama pasti kukuh di sisi
Ciuman Mama pasti menjadi pemanis di pipi
Belaian Mama pasti tersemat di nurani
Kata2 Mama pasti menambah punca untuk kembali berdiri
Malah Mama berkongsi rasa ini...

Yakin
Mama tidak kan kembali
Menjadi pembimbing setiap kali
Menjadi peneman di kala sunyi
Menjadi penyimpul kasih suci
Menjadi pengikat sayang abadi

Mama
Selamanya...
Jadilah penguat hati ini........................


Monday, August 15, 2011

Kan Best Kalau Mama Ade....

Assalamualaikum..
Dear Mama
Apa khabar Mama di sana?
Kyong harap Mama sentiasa di bawah lembayung RahmatNya

Sekarang pukul 5.00pm dan Kyong masih di ofis
Abg ade urgent kerja kene settle n Kyong kene tggu Abg
Kalau dulu mesti Kyong kelam kbut nk blk cpt2 sbb nk tlg Ma masak
Skang ni, Abg x bagi Kyong msk sgt pon
Dah lah kami berdua je kat umh
Kalau masak beriya2 pon, kami dua jugak yg pulun
Makin "sihat" lah anak n menantu Mama ni
Kan best kalau Mama ade.....

Baju raya Kyong x beli lg pon
Ntah lah nk beli baju ke x
Mcm x smgt je nk beli baju raya
Kalau dulu Kyong n Ma mesti gedik2 dua org cari bju raye vogue2 utk kite
Sedondon je pagi2 raya
Tp tahun ni nmpk gayenye Kyong sorg je lah yg nk mggedik2 pon
Tp mcm x best je bile bygkan Kyong nk pkai baju raye xde sedondon2 dgn Ma lg
Kan best kalau Mama ade...

Mama
Kyong ingt nk beli oven baru
Oven lama Mama tu dah daif sgt
Rase cam mesken sgt pulak kalau x beli yg baru
Kunun2 Kyong nk buat kueh raya
Kalau Ma ade mesti Ma dah gelakkan Kyong sbb Ma pon tau Kyong sgt tak berbakat buat kueh raya
Kueh Samperit yg Abgngah buat lg gebu dr kueh Samperit Kyong yg keras tu
Hahaha
Kan best kalau Mama ade...

Oh lupe pulak
Gamba kawen Kyong n Abg dah lame siap
Video kawen pon dah siap
Gamba n video sgt best n puas hati, Ma
Tiap kali kami semua tgk pic2 kawen Kyong n Abg yg ade gamba Mama, mesti kami senyum
Mama sgt happy dlm pic2 tu wpon kami tahu waktu tu Mama tgh tahan sakit Mama
Ucapan yg Mama buat dlm video kawen Kyong n Abg telah menjadi penawar rindu di kala kami betul2 ingt kat Mama
Fotografer tu kata...mintak maaf kat Mak u all ye sbb lambat anta pic n video..
Kyong cuma senyum n kata dlm hati..."xpe, Mama sy tgk dr jauh..."
Mama tgk lah gamba2 kawen tu dr jauh ye Mama
N jgn lah kutuk Kyong sbb Kyong sgt lah "tembam" di hari kawen
N kalau Mama nk kutuk pon, Kyong redha n Mama forsure akan dgr ayat Kyong .."Biar lah gemuk pon, jnji bahagia!"
N utk pengetahuan Mama, Abah menangis menderu2 time tgk video kawen tu
Ape dlm hati Abah time tu, hanya Allah je yg tahu
Tp kami fhm...Abah sygkan Mama sgt2..

Kan best kalau Mama ade...

Mama...
Tahun ni kami semua decide utk raya kat KL je..
Pas melawat Mama, baru kami blk Perak jumpe Abah
Ma tggu ye Kyong, Abg n Adik2 dtg..
Kami rindu sgt kat Ma..

Mama, setiap saat dan ketika hati n akal fikiran Kyong x penah lupekan Ma
Kyong sedekahkan Fatihah, Yasin dan ayat Al-Quran utk Mama setiap hari
Kyong juge sedekahkan duit2 Mama n niatkan pahala itu utk dipanjangkan pd Mama
Itu sahaje yg mampu Kyong buat tuk menyatakan yg Kyong syg Mama sgt2
Moga Allah memberikan kebahagiaan yg sebenar buat Mama di sana

Doakan Kyong panjang umur dan diberkati hidup agar Kyong boleh membuat amal ibadat, diberikan ganjaran pahala dan dimasukkan ke syurga utk berjumpa dgn Mama..

Salam syg dr Kyong, Zul n Adik2..

p/s - Mama, lame lg ke kite boleh jumpe?



Tuesday, August 2, 2011

Entri Bergambar Untuk Suamiku


Entri bergambar yg menggambarkan sejuta rasa

Terima kasih kerna hadir dlm hidupku wahai suamiku
Terima kasih kerna menghapus sisa air mataku wahai suamiku
Terima kasih kerna menjadi tiang kekuatanku wahai suamiku
Terima kasih kerna untuk segalanya wahai suamiku

*lihat dia ketawa bikin ku teruja! kamu sungguh cumel wahai suamiku! =p

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi!

Assalamualaikum..
Pembuka bicara di hari yg mulia, 1 Ramadhan 1432h
Semalam genap 10 hari Mama yg dirindui pulang ke Rahmatullah
Sabtu yg lepas, aku, suami dan adik2 berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil khas utk Mama di rumah kami
Mcm x caye je di buat "khas" utk Mama
Seolah2 terasa Mama masih disisi
Tp hakikatnye Mama dah pergi..pergi jauh mengadap Ilahi..
Terima kasih utk semua yg same2 hadir dan mengimarahkan Majlis tersebut (terutamanya Cik Nana, Cik Kakteh, Cik Vivi etc)
Terima kasih buat pak2 sedara, mak2 sedara, sepupu sepapat yg dtg bukan-dgn-tgn-kosong
Terima kasih jugak buat mak mertua yg sponsor satey n sambal telur yg superb! Byk giler lauk......rase cam sgtlah meriah

Lagipon bak kata Ayah Co (abg sulung Mama), kndri ni sempena nk sambut Ramadhan jugak..

Sebut pasal Ramadhan, tahun ni pertama kali aku berpuase tanpa Mama di sisi
Mula2 hati tu mcm sekadar berdetik je perasaan sedih...tp bile dah lepas solat Asar, air mata menjurai2 turun mcm air terjun
Tak betah bila berpuase tanpa memikirkan blk nnti nk makan ape dgn Mama...
Tak betah bile blk dr solat tarawikh, akan ade 2nd round makan dgn Mama smbil bergusip2..
Tak betah bile nk beli kuih raya memikirkan Mama suke x kuih raye ni..
Tak betah bile beli baju raya nnti, x bwk Mama same2 cari baju raye sedondon utk kami berdua
Tahun ni, aku sorg je lah yg pkai baju kurung time raye
(melainkan Abgngah adik aku meroyan nk pkai baju kurung same) =)
Tahun ni, aku sorg je lah yg terkelam kabut masak kat dapur
(tapi ade org tu kata nk masak bersame...eh, abg? hehe)
Tahun ni, aku sorg je lah yg semayang raya di sebalik tabir bersame2 muslimah yg lain...
Sedih bukan?

Ish, x baik fikir mcm tu kan
Kene redha
Kene bersyukur sbb aku masih ade suami yg sgt penyayang walaupun mengade2 sikit, aku masih ade adik2 yg kadang2 sengal, aku masih ade maksu, zain dan imanina yg gedik mcm aku..masih ade semua yg sayang kat aku..

Hidup perlu diteruskan
Ayuh!


*menyambut 1st time berpuase sbg Mrs Azizul...Allah tu Maha Adil, Dia telah ambil Mama yg sebaik2 ibu di dlm dunia ini, tp Dia telah gantikan dgn kehadiran Abg yg sebaik2 suami di dlm dunia ini... Terima Kasih Ya Rabb =p


Friday, July 29, 2011

Semalam Berlalu Dalam Sekelip Mata!

Rasanya baru semalam Jumaat yg lepas berlalu
Rasanya baru semalam ku ajar Mama mengucap
Rasanya baru semalam ku kucup dahi Mama buat kali terakhir
Rasanya baru semalam ku rebah jatuh ke bumi tatkala doktor mengatakan Mama telah tiada
Rasanya baru semalam ku bersama adik2 memandikan jenazah Mama
Rasanya baru semalam ku bersama adik2 membantu ustazah itu mengkafankan jenazah Mama
Rasanya baru semalam ku lihat Imanina menangis tersedu2 di rumah Maksu di sisi jenazah Mama
Rasanya baru semalam ku lihat adik2 membawa Mama masuk ke liang lahad
Rasanya baru semalam ku dgr ustaz itu membaca talkin di tanah perkuburan Mama
Rasanya baru semalam hujan renyai2 itu hadir selepas selesai urusan kematian Mama...

Oh semalam...berlalu dalam sekelip mata!

*Sudah seminggu... Ya Allah, Tuhan Pentadbir Sekalian Alam..ku rindu Mama~



Sunday, July 24, 2011

Dan Mama Pergi Jua..

Dan di hari Jumaat yang mulia
Dan ketika umat Islam baru selesai menunaikan solat jemaah bersama
Mama pergi jua..
Meninggalkan aku
Meninggalkan adik2
Meninggalkan kami semua
Meninggalkan segala kenangan yang dibina

Mati itu pasti
Dari tanah asal kita
Ke dalam tanah juga kita kembali

Al-Fatihah buat arwah bonda tercinta (selamanya)
Rabiatul Adawiah binti Ahmad Doa
Hari : Jumaat
Tarikh : 22/7/2011
Masa : 2.10pm
Tempat menghembuskan nafas terakhir : ICU Hospital Selayang
Punca kematian : Septicdemic Shock Secondary To Right Thigh Abcess

*Mama...akhirnya mama tinggalkan kakyong................................................



Friday, July 22, 2011

Allah...Makin Besar Dugaan Untukku

Untuk hari Jumaat yg barakah
Di kala aku menaip ketika ini, airmata tak berhenti2 menitis
Kawan2 pejabat yg lalu di tepi aku hanya menoleh dan berkata.."sabar ye Masni.."

Dan aku hanya tersenyum..mampu tersenyum sambil otak melayang jauh...

21 Julai 3.30pm
Doktor : "Puan, saya ingin berbincang dgn ahli keluarga Makcik Rabiatul mengenai keadaan makcik"
Aku, Abg, Abgngah hanya tegak dan diam. Menunggu sebutir-sebutir perkataan yg keluar dr mulut doktor.
Doktor: "Makcik sudah tiada harapan lagi. Kami berserta pakar dah berbincang..tiada apa lagi yg mampu kami lakukan..darah makcik dah dijangkiti kulat. Kuman dalam badan makcik dah memasuki tulang belulang.. Rupa2nya kuman yg berada dalam perutnya itu berpunca dari kedua2 belah joint kaki makcik. Dah lama dah kuman tu kat situ..makcik yg x rasa.. Kuman itu merebak ke seluruh kaki dan perut. Dan mungkin pada bila2 masa kuman tu akan masuk dalam paru-paru, jantung... Dan jika pada waktu itu, jantung dan paru-paru makcik berhenti, doktor pon tak boleh nk buat CPR sbb itu akan menambahkan derita makcik..saya mintak maaf Puan.."
Aku terpana dan airmata dah mcm air gunung yg mengalir deras. Abg peluk aku dgn kuat. Abgngah tersedu2 disebelah..
Abg : "Berapa lama lagi doktor masa yg ada untuk makcik?"
Doktor : "Saya bukan Tuhan... tp apa yg saya boleh ckp, hanya tinggal sedikit saja masa yg ada..bila-bila masa.."

Ya Allah....apa lg yg mampu aku lakukan?
Benarlah kekuasaanMu
Besarlah rahmatMU
Tunjukkan lah sedikit lagi keajaibanMu Ya Allah..
Aku bermohon padaMu..

Mama,
bukan mudah untuk kakyong ucapkan selamat tinggal pada mama
mama lah nyawa kakyong
mama lah segala-galanya buat kakyong
kita susah dan senang bersama
kita menangis dan gelak bersama
kakyong tak dapat nk bayangkan hidup kakyong tanpa mama
mama...plsssss...jgn tinggalkan kakyong..






Wednesday, July 20, 2011

I Need A Serious Theraphy!

My kapala gone to ding dong
My stomach gone to uweekkkk
My body gone to lembek

Too many things to do
But too much hardship to go through
I just need a theraphy..
A very SERIOUS theraphy!

p/s - i just wanna YELL at somebody who were so BZ BODY sebok nk ambik tahu hal org lain..wahai "org besar".."org besar" x byk keje ke?? hey DEY THAMBI, get ur own world lah!

uweeekkk~ (muntah lag!)



Monday, July 18, 2011

Honeymoon Review (Part 1)

Frankly speaking, we didnt plan for our honeymoon YET since we are still waiting for the best time and accurate-zero-working mood..(ntah bilenyeerrr...huhuhu)

But LUCKILY, office abg did arrange for the Family day a week after our wedding..so, leh ah consider this trip as our pre-hornymoon (ops!)

Location - Tiara Beach Resort, PD
Date - 2 & 3 July 2011
Official Dinner with Purplelicous Theme. (tp Bos Besar x jd purplelish pon..ke die Bute Warne?)hikhik

Hanye lah sekeping gamba dpt dicuri dr camera ofismet Soulku..gamba2 lain masih blum ditransfer dr camera baru Soulku itew (ceeehhhh)..

Thank Syg for making me Queen of ur Heart by picking a right choice of this marvelous dress and accessories..Abg jd perunding imej isteri sendri je ah pasni..hehe


Thursday, July 7, 2011

Wedding Review (I)

Wedding review with piccas..

(Piccas randomly picked from fren's fb i.e Emon, Kay, Muni - thans frens!) 

Reception
Date : 25th June 2011
Venue : Dewan THST, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak
Theme colour : Gold

 Most feveret picca ever! (Sempoi ah pengantin ni, atas pelamin leh gosep2 lg)
"Abg, tgk **** tu, dtg mekap tebal2 kalah pengantin...pot pet pot pet"
Hahahaha
Oh i love this picca since ive given the most sweetest smile ever! 
(Sbb gua mmg PAYAH nk senyum...haha)
Cake mania! Cake die sdp..atas pelamin main suap2 cake smpai kenyang..apekah? hahaha



*psssttt..oh i love our wedding! how sweet u were on that day, Darling!






Wednesday, June 29, 2011

NiniZoul (Part 8)

Alhamdulillah
The day had come n done
With the Gratefulness of The Almighty, gua selamat sudah diijabqabulkan dgn skali lafaz bersame suami tersyg (wahhh....dah naik pangkat) berwali dan dinikahkan oleh abah tercinte, disaksikan oleh keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dan yg tak bape handal.

Jgn tanye perasaan gua mcm mane
Tak terkata beb

NIKAH
Date : 24th June 2011
Venua : Home Sweet Home, WM, KL
Time : After Isya' (sblm Subuh)
 
Psstt...kpd mereka2 yg masih blum kawen tu, cpt2 lah kawen..best wooo kawen..
Weee~


Monday, June 20, 2011

U Dah Tua, Sayang!

Ops maafkn saya utk post yg terlambat ini
Since 14 June 2011 is my heartbeat's bday, saya mendecide utk lakukan sedikit seperais
Wlaupon sy agak susah utk merencanakan kejadian2 seperais2 tersebut sbb En Tunang sgt suke berkepit dgn saya 24/7..x lekang di mata bak kata org tua..cewah~

1st attempt of seperais
Saya order this item n send to his office...saya order agak awal tkut kelam kabut...
So seperais ini separuh menjadi sbb En Tunang merase seperais except apabila si penghantar present boleh cal En Tunang tanye kat mane sbnrnye lokasi ofis En Tunang...aduh...apadaaaa..
  
2nd attempt of seperais
Saya telah berjaya mengebook Romantic Couple Dinner at The Haven on that day. Yg kelako nye, kami sesat nk g sini..sign board ntah ape2..tiap kali En Tunang tnye ape name tpt mkn ni, saya kate jgn ah tnye, x seperais lah..smpai tahap En Tunang kate kalau x jumpe, kite taip kat GPS ni je lah..saya jwb "eh tamau lah..nk kasik seperais betul2"..last2 sampai ah jugak wlopon jln nk ke sane sedikit horror..hehehe
The foods were okay-lah..saya bagi 7/10
The scenes were superb! i love having this romantic dinner smbil tgk pemandangan 1 KL..yg ni saya bagi 8.50/10..
 
 

3rd attempt of seperais
Dgn senyum, saya mengepas satu bungkusan menggunakan wrapper syarikat (jimat duit wrapper) utk En Tunang. Dan saya sgt lah suke bile tgk muke En Tunang terkujat2 bile bukak kotak tu..

Ok sekian sahaja...
Saya suke bile En Tunang saya suke..
Saya sayang bile En Tunang saye syg..

To Abg..love u again, so much!

*nk pinjam lappy cumel, boleh? hehe