Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 22, 2011

Permata Hati (1)

Assalamualaikum
Duhai anak ibu
Sihatkah anak ibu di dalam itu?
Ibu harap anak ibu gembira dan bahagia tinggal di dalam perut ibu
Kerna ibu tahu, saiz perut ibu yg lebar itu membuatkan anak ibu bisa golek2, pusing, terkangkang, terlentang ikut suka hati anak ibu

Setakat hari ini, usia anak ibu sudah menjangkau 15 minggu bersamaan 105 hari..
Macam tak percaya sudah besar anak ibu di dalam itu
Rasa baru semalam ibu dan ayah eksaitet menunggu 2 garisan merah pd penunjuk kehamilan yg dibeli di farmasi di Sri Rampai sekembali kami dr ofis
Dan utk pengetahuan anak ibu, itu adalah penunjuk kehamilan yg ke 4 kami beli..
Kami begitu teruja untuk mendapatkan kamu wahai anak ibu sampai tahap baru lewat sehari kitaran bulanan ibu, ayahmu sudah mengarahkan ibu menggunakan alat itu di hadapan beliau utk beliau tahu ibu mengandung atau belum
Apa daaaa ayah kamu wahai anak ibu..seganlah ibu mahu berbuat sedemikian..
Tp kamu jgn khuatir, ibu masih seorang yg pemalu..ibu menggunakan alat itu di dalam bilik air dan ayahmu berada di luar pintu bilik air..
Betapa gembira nya kami (setelah ujian kali ke 4) bila dapat tahu ibumu ini mengandungkan kamu wahai anak ibu
Kami melompat bersama2
Nyaris runtuh rumah kita wahai anak ibu
Dapat dilihat dr riak muka ayah mu yg dia begitu bahagia utk mendapatkanmu
Sengeh sampai ke telinga setiap kali dia menceritakan berita kehamilan ibu pd mereka2
Ibu jugak yg tetap menten ayu
Bila mereka2 ucapkan tahniah pd kami, ibu senyum dgn penuh manis
Walaupun sekadar senyuman, namun hati ibu sungguhlah berbunga riang

Duhai anak ibu
Sehingga ke saat ini, ibumu masih lagi mengalami alah yang sedikit kurang menyenangkan
Ibu masih lagi muntah di waktu pagi, ptg atau malam
Ibu masih lagi tidak lalu makan
Ibu masih lagi loya, pening dan kadang2 terasa pitam
Muka ibu sungguhlah pucat walaupun sebelum pergi kerja ibu mekap lah jugak sikit2 ala2 Rozita Che Wan
Takut ayah mu kata ibu kufur nikmat pd set make up Bobby Brown yg beliau beri sewaktu hantaran kahwin kami dulu
Ibu nampak tak bermaya
Berat ibu turun sehingga 5 kg
Kalau dulu, berat badan ibu turun 0.5 kg pun pasti ibu buat sujud syukur
Namun kini, turun berat badan adalah suatu perkara yg ingin dielakkan
Tapi anak ibu, kamu jgn risau
Ibu mu kuat dan bersemangat
Ayahmu juga walaupun suka membebel pd ibu yg kadang2 sedikit degil, tetap menyokong ibu setiap waktu

Duhai anak ibu
Menurut Dr Marsita, gynae ibu, dirimu sedikit "lasak" di dalam perut ibu
Tp kata beliau, kamu sgt sihat
Kamu mempunyai tubuh yang tinggi
Nampak gayanya kamu mengikut ketinggian Papa Ngah, Papa Yang n Cu Intan kamu
Kerna ibu dan ayahmu adalah comel lotey =)
Dengupan jantungmu sungguh jelas kedengaran
Ibu dan ayahmu tertawa2 manja menonton kamu di skrin scan 4D di klinik itu
Sehingga tahap, doktor juga tertawa bersama
Ohh...kamu sungguh comel wahai anak ku..(mungkin juga turun ibumu..haha)

Duhai anak ibu
Kami bahagia memperoleh kamu
Semoga dirimu sihat sejahtera, membesar dgn sempurna
Sila duduk dgn sopan dan santun di dalam perut ibu itu ye

Salam sayang,
Ibumu dan ayahmu...

Friday, December 9, 2011

Dia Suami Saya, Saya Isteri Dia (1)

di suatu petang nan hiba

"abg bz nk mmpos" kata suami
"bby bz smpai nmpk sungguh comel" balas isteri

20 saat berlalu

"bby, knp x rply?" kata suami lg
"eh abg..knp x dpt bbm bby? kat status tulis r dah" kata isteri pula

10 saat lagi berlalu
"bby..knp diam ni?" suami trus berkata lg
"abg, bby dah rply lah. ape mslh bbm abg ni?" isteri trus membalas

dan setelah beberapa saat

"mungkin abg takleh baca ayat2 yg x berkaitan kot. contohnya ayat memuji diri sendiri dan sebagainya. tetibe abg akan lost connection" suami menerangkan panjang lebar

hahahahaha
banyak lah abg!
tak leh trime hakikat dpt bini comel
=p
*luv u syg~

Thursday, December 1, 2011

Seorang Wanita Berbadan Dua

Merujuk kepada perkara di atas
Adalah dimaklumkan, bahawasanya saya dengan ini sedang mengharungi perjalanan rutin atau mungkin tidaklah rutin sgt sebagai seorang wanita yang mengandung.

Ini adalah kerana:

1) Saya mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu muntah di waktu pagi atau dalam bahasa canggihnya - MORNING SICKNESS
Akan tetapi saya adalah sedikit istimewa kerana waktu muntah saya adalah tak kira masa, tempat atau ketika.
Saya bisa muntah ketika selepas mandi di waktu pagi, ketika di dalam kereta, ketika setibanya di pejabat setiap hari, ketika sebelum makan tengahari, ketika sebelum minum petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika selepas makan malam, ketika sudah baring di sebelah suami dan malah ketika sedang nyenyak tidur.....

2) Saya juga mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu berasa loya-loya dan angin satu badan atau dalam bahasa canggihnya -TAK JUMPA DI GOOGLE
Saya bisa merasa loya yang teramat, (walaupun saya seorang loya - u spelled it as "lawyer"), dan berasa angin satu badan (walaupun saya seorang yang berkepala angin dan selalu naik angin  - u spelled it as "cenge") setiap masa.
Saya tidak betah untuk menjamah makanan yang berunsurkan angin (mcm makan angin) bagi mengelakkan simtom kedua ini menyerang dgn jayanya.
Saya perlu berkorban menelan sahaja air liur (dgn kadar yg banyak) apabila melihat sambal tempoyak, masak lemak nangka, sambal tumis udang dan petai yg dimasak mak mertua (arrgghhhh~) dan juga air teh o panas-suam yang dicicah bersama biskut empat segi!

Oleh kerana itu:

1)  Suami saya telah menjadi tukang urut secara tetap kepada saya dan kadang2 kepada mak mertua apabila saya muntah-muntah... Tidak kira masa dan ketika, suami saya sentiasa ada bersama saya untuk meredakan rasa muntah dan tidak selesa itu. Suami saya telah berusaha membeli segala jenis ubat tahan muntah, membeli segala jenis mintak angin (yg tidak membahayakan wanita mengandung seperti saya)..rumah kami dah mcm stor ubat-ubatan dan kedai minyak-minyakan..hahaha

2) Suami saya juga sejak saya perlu pantang makan ini, telah menjadi warden saya yang amat "berhemah" atau slebih tepat dikategori sbg warden yg garang dalam menjaga makan minum saya. Beliau akan sentiasa "mengkaji" jenis makanan atau minuman yang saya akan baham. Memang murni tugas beliau itu walaupun kadang2 beliau telah menghadkan makanan yang tidak sepatutnya dihadkan kepada saya. (protes). Sebagai contoh, sewaktu usia kandungan 4 bulan ke bawah, wanita mengandung tidak digalakkan utk mengambil air kelapa. Memang betul. Tapi bila saya mahu merasa nasi lemak, beliau tidak membenarkan. Alasan beliau, nasi lemak di buat daripada santan, santan adalah daripada kelapa. Eh? Saya nak makan nasi lemak! Bukan saya makan nasi air kelapa....(dush dush~)

Saya merasa segala yang berlaku adalah ujian dan dugaan dr Allah Taala. Saya cuma berfikir secara positif, walaupun saya mengalami alahan yg tidak mudah (saya tidak mahu menggunakan perkataan "teruk" kerana Kak Lynn, kakak ipar saya mengalami alahan mengandung lagi HEBAT dr saya!), saya masih kuat dan saya suka ketika dapat melihat senyuman suami saya ketika beliau usap perut saya sambil berkata...

"Anak daddy, jangan ikut perangan mummy yer...degil, x dgr cakap, sombong, garang..."

hamboh3...suke suki ye abg..patutnye abg tambah..

"Tp anak daddy ikutlah kekiutan mummy, kecomelam mummy, kesopanan dan kesusilaan mummy..bla bla bla..."

hahahaha~
 *So in love with u, Daddy Zoul Azeez~