Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Friday, August 17, 2012

Kini, Hidup Saya...

Sayalah isteri
Sayalah mummy
Jadual rutin harian saya sudah berubah semenjak Ayeesha Arwa menjengah dunia

6.45am

Saya pergi ke kerja seawal 645 pagi
Dihantar diambil oleh Encik Suami

Bertuah kerana mak mertua tidak mengizinkan Ayeesa Arwa dihantar ke nursery
Maka Ayeesha Arwa dipeluk Opah setiap pagi 
Kuranglah kerisauan
Kuranglah kebimbangan

8.30am

Tiba di pejabat kerja bertimbun sudah disisi
Pusing sana pusing sini
Makin banyak yang selesai, makin banyak pula yang menanti
Sedar tak sedar Encik Suami sudah mahu mengajak pulang
Kembali ke teratak tercinta, ya sayang?

5.30am

Rutin kota yang sentiasa begini
Kereta penuh setiap hari
Mengadap sesak hari-hari adalah pasti

7.00am

Tiba di teratak, jika awal haruslah memasak

Selalunya bersilat lah kami suami isteri
Isteri pegang kuali, suami pegang anak


12.00am

Saya tidur setiap malam apabila jam hari sudah masuk tarikh baru
Sebelum tidur, terlalu banyak perkara harus diselesaikan
Tapi sgt bersyukur Encik Suami sgt membantu meringankan bebanan yg perlu


Tidur pun tidaklah selena dahulu
Setiap 3 jam, Ayeesha Arwa mahu menyusu
Kdg-kdg senang sgt menidurkan dia semula
Namun kdg-kdg membuatkan saya panas 1 kepala
 
Saya tidak merungut
Saya tidak merasa beban
Apa yang saya buat, semuanya pahala
Pahala pada suami
Pahala pada anak
Moga-moga satu hari
Apabila tiba masa
Saya pula dianugerahkan syurga

Duhai Suami
Duhai Anak
Maafkan saya jika saya bukan sesempurna yang diimpi..
Maafkan saya jika saya bukan sehebat yang diingini..

=)

2 comments:

Zoul Aziz said...

Isteri abg sudah sgt cukup sempurna seperti yg diimpi & sehebat yg diingini syg... Moga Allah beri ganjaran yg setimpal dgn jasa isteri & ibu buat isteri abg... InsyaAllah...

Nini Jamal said...

thnks so much syg...insyaallah..