Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Monday, March 22, 2010

Cintaku Milik Siapa?

Kau tahu kau siapa
Kau pernah ku sia-siakan
Kau tahu kau siapa
Kau pernah ku main-mainkan


Kau masih mampu memujuk
Mengoles bahuku perlahan
Dikala kau tahu hatiku masih mengharapkan dia
Dikala kau tahu jiwaku masih untuk dia
 
Kau masih mampu tersenyum
Memegang tanganku erat
Di kala airmataku mengalir lencun mengingati betapa curangnya dia
Dikala esak tangisanku berderai mengingati betapa kejamnya dia

Kau masih mampu menjadi semangatku
Walaupun di kala semangatmu pun tiada di batasan
Kau menjagaku dikala ku demam derita
Walaupun di kala kau sendiri sakit menanggung derita

Subahanallah..
Mengapa Kau BUTAKAN mataku?
Kau hadirkan aku sebutir permata
Namun ku yg alpa menagih janji sia-sia
Maafkan aku Ya Rabb
KuasaMu menentukan cintaku milik siapa..

Friday, March 19, 2010

...Allah Permudahkan Cara..

KELEBIHAN SURAH ALAM NASYRAH

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Surah Al-Inshirah / Alam Nasyrah.


Terjemahan: 

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
-