Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, April 7, 2011

Malu Sebahagian Daripada Iman

Oh saya malu mengetahui kamu yang tak tahu malu!

MALU menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud - merasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah.

MALU dikatakan perasaan negatif yang mencengkam seseorang setelah menyedari perilakunya yang tidak senonoh. Ia juga perasaan positif pada seseorang sebelum melakukan sesuatu yang kurang atau tidak elok.

Dan Hadis dr Rasulullah SAW mengatakan, manusia yg hidup tanpa MALU, ibarat tanpa iman. MALU adalah sebahagian daripada iman.

Sudah terang-terangan, manusia yg hidup dgm IMAN dan MALU, akan menjalani hidup yang sempurna..akan sentiasa menjaga MARUAHNYA.

Tapi nak buat macam mana kan...dah memang agaknya tak de MALU, maka MARUAH ntah ke mana2.
Belajar tinggi2..kerja hebat2..gaji lebat2..pakai tudung, jaga aurat, berbakti pd ibu ayah, tp rupenye x de MARUAH.
KASIHAN

Pesanan buat lelaki2 di luar sana...carilah calon isteri yg ade sifat MALU dan sentiasa menjaga MARUAHNYA.  

psssttt..jgn carik calon isteri yg masih gile kat kekasih lame! ops~





Wednesday, April 6, 2011

Doa Untuk Mama

Bermula dari Mama yang sudah 4 minggu demam tak kebah2
Bermula dari Mama yang sudah 4 minggu tak lalu makan sampai tahap tubuh tinggal seakan rangka bernyawa..nauzubillah
Bermula dari Mama yang asyik mengulang ayat yg sama “Ma ni x sempat tgk anak Ma kahwin..kalau Ma dah xde nanti, bawak jenazah Ma umah Maksu yer..”

Aku bukan tak usaha
Penatnya hanya Allah Subhanahu Wataalah je yang tahu
Bagaimana ku imbangkan antara Mama, adik2, keluarga, Sang Cinta, kerjaya, sehingga diri sendiri seakan terabai jua

Ku bawa Mama ulang alik ke hospital
Jawapan tetap sama
Darah Mama tak tahu pergi dan hilang ke mama
Ku bawa Mama ulang alik ke pusat rawatan islam
Ustaz kata, di setiap salur darah Mama, ada “penumpangnya”

Sehinggalah ku rasa, dunia kelam tiba2
Di kala aku sedang bersiap2 mahu menjalani minor ear operation di Pusrawi pada jam 3, Mama tiba2 seakan pengsan pada jam 1!
Dalam keadaan menahan sakit, ku kuatkan jua menelefon ambulans untuk membawa Mama ke hospital
Sang Cinta membawaku ke Pusrawi, manakala adik meneman Mama ke hospital menaiki ambulans
Aku tggu adik untuk menghubungiku memaklumkan keadaan Mama
Aku terdiam dan air mata seakan air paip mengalir
“Yong, doktor kata Mama 50-50 je..darah byk infection, jantung anytime boleh berhenti”

Subhanallah...jgn Kau ambil Mama ku dari ku lagi Ya Allah
Aku tidak puas berbakti padanya
Aku sanggup korbankan jiwa raga, harta, wang ringgit, keringat, masa dan tenaga demi Mama ku Ya Allah
Mama segala2nya buat ku Ya Allah

Dalam esak tangis, aku masih terima kiriman2 sms dari sahabat2 dan saudara mara utk menguatkan semangatku
“Kakyong kene kuat..Kakyong kene buat operation dlm keadaan tenang..Doa byk2 utk Mama”
Itu pesan Maksu..
“Bby ada abang...kite harungi keadaan sukar ni sama2..Tuhan sentiasa ada dgn kita”
Itu pesan Sang Cinta..

Tekad
Ku paksa Sang Cinta berbicara sama dgn doktor utk melepaskan ku sementara
Doktor yang kasihan, memberi peluang utkku berjumpa Mama andai ini hanyalah peluang terakhir buatku...

“Mama, yong ada dengan Mama..Kami semua syg Mama...”
Mama yg terbatuk2..tersemput2..

“Cik, mak cik dah stabil...jantung dah semakin kuat..kami akan teruskan dgn dialisis buah pinggang mak cik lepas ni..cuma mak cik lemah..die perlu masa sedikit...”

Aku lihat Mama
Mama kene kuat!
Mama kan dah janji nk jaga anak yong!

ALHAMDULILLAH
Terima kasih Ya Allah utk KURNIA yang sgt hebat ini
Mama semakin stabil
Cuma Mama memerlukan rawatan susulan yg terperinci dan tercostly

Terima kasih sahabat2 dan saudara mara utk doa kalian semua
Terima kasih Sang Cinta dan keluarga
Andai diberi pilihan antara nyawa ku dan doa utk Mama, pasti ku pilih doa untuk Mama....