Hari ini adalah hari yang membuatkan aku menarik nafas dengan sangat dalam...
Dan menghembuskannya dengan sangat panjang...
Apakah daya seorang insan kerdil dan hina (tetapi gemuk) ini untuk menidakkan segala yang telah ditentukan oleh Yang Esa
Dalam setiap saat menempuh segala hiruk pikuk dalam hidup, aku dengan rasminya telah menjadi seorang yang memang garang (auch!), sombong (aduhh), keras kepala (hmm) dan sangat berhati keras (ok!)
Tapi LillahiTaala, bukan aku sengaja atau mereka atau mengada-ngada atau menggedik-gedik mencipta sifat-sifat buruk tu dalam diri aku.
Aku menjadi garang, dan hakikatnya aku bukan garang sesuka hati aku. Aku garang sebab aku perlu "menjaga" kehidupan aku bersama Mama & Adik-Adik aku. Kalau aku tak garang, manusia-manusia sia* lain akan pijak kehidupan aku dan keluarga aku.
Aku menjadi sombong, lahiriah dan zahiriah (muka aku mmg nmpk sgt sombong! ishh mencik). Aku sombong sebab aku "mahal". Aku tidak berkawan dengan manusia-manusia yang boleh menyusahkan hidup aku sebab aku tahu, aku yang sedia susah ini perlu mencari kawan yang boleh membantu aku. Tapi aku sombong bertempat. Dan yang pasti, aku boleh menjatuhkan ego sombong aku bila aku rasa perlu. Aku rasa, disebabkan aku sombong, aku berjaya tidak melakukan perkara-perkara bodoh yang boleh membuatkan aku nampak betul-betul bodoh! Sebagai contoh, terhegeh2 kat tunang org atau laki org. Maaf jika anda terasa. Jadilah sombong seperti aku.
Aku menjadi keras kepala dan aku mengaku memang aku keras kepala. Pertama, sebab aku anak sulung dan hanya seorang sahaja puteri dalam keluarga aku. Abah dan Mama terlalu menjaga aku sampai tahap aku tak pernah even kena jentik pun dari kecik. Keras kepala aku semakin "menjadi" bila aku dipertanggungjawabkan untuk "menjaga" Mama & Adik-adik di kala usia aku sangatlah muda remaja. Aku terfikir, kalau aku tak keras kepala, mampu ke aku "menjaga" keluarga aku sesempurnanya? (walau tak de lah sesempurna mana pun).
Aku menjadi sangat berhati keras sbb terlaaaaalllluuuu banyak benda-benda PAHIT yg jadi dlm hidup aku. Manusia kiri kanan tikam aku. Manusia depan belakang kutuk-kutuk aku, maki hamun aku. Agak-agaknya, kalau lah aku tak berhati keras, mesti aku dah larrrrriiiii jauh dari tanggungjawab yang maha berat yang Allah Taala kurniakan untuk aku. Mesti aku dah buat donno je kat Mama ataupun biar je adik-adik jadi ntah ape2.
Aku mmg tak suke bersifat negatif seperti yang dinyatakan di atas. Aku benci sifat-sifat tu.
Tapi aku tahu, Allah Taala kurniakan segala sifat tu untuk aku sepaya aku KUAT dan sentiasa TEGUH menghadapi segala cabaran dan dugaan yang telah dikhaskan untuk aku.
Sungguh banyak betul hikmahnya.
Dan...
Aku tahu aku istimewa.
Sumpah aku istimewa!
Tapi..................
Bila aku dah kahwin
Bila Mama, insan yang paling aku sayang dalam dunia ni pergi tinggalkan aku
Aku jadi lebih "bertamadun"
Aku dah tak lah sangat garang, sombong, keras kepala dan berhati keras.
Aku dah mula cool down.
Sbbnya hidup semakin enak.
Sbbnya hidup dan semakin lancar.
Tanggungjawab aku hanya sebagai isteri dan ibu.
Abah jauh.
Adik-adik dah bawak kehidupan masing-masing.
Sudah tak ada apa yang perlu dirisaukan.
Keluarga bahagia, kerja bagus, kehidupan sempurna.
Kalau ada lah org nak kutuk-kutuk aku lagi
Mmg bahalu* lah org tu.
Atau buta tak nampak atau buat-buat tak nampak.
Jangan tak percaya kalau aku ckp, menjadi isteri dan ibu membuatkan aku telah berubah menjadi seorang yang lemah lembut, sopan santun, tak suka membebel, selalu tersenyum dan segala sifat murni yang termaktub dalam kamus dewan.
Alhamdulillaaaaaahhhhh....
Tapi jugaaaaaa........................
Sila jangan
CUIT aku atau anda akan tahu keberkesanan sifat-sifat lahiriah yang pernah suatu ketika dulu aku miliki!!