Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, March 25, 2015

Bertabahlah Wahai Wanita Itu

Bismillah
Setelah lama tak menaip, mengarang satu persatu perkara dalam hidup untuk dikongsi sama-sama, akhirnya sebelum ia di telan waktu dan lupa, aku gagahkan jua

Aku perhatikan laman dia
Dia kehilangan suami lima tahun yang lalu
Di waktu anak yang sulung baru beberapa tahun mengenal dunia dan yang bongsu masih menyusu badan
Dia mula-mula rebah
Dia yang dulu sering di manjakan suami, kini perlu berdikari
Apa yang aku nampak, semangat yang keluar dari dalam dirinya

Mula-mula aku menangis membaca luahan hatinya
Tak dapat aku bayangkan bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa teman berbicara, tanpa teman suka duka, tanpa teman bermanja, tanpa separuh nyawa kita
Namun sokongan yang paling hebat dia dapat dari ibunya
Alhamdulillah, dia masih mempunyai ibu dan keluarga yang sangat menyokong segala apa di sekelilingnya

Dan kini
Setelah 5 tahun berlalu
Setelah segala liku dia hadapi,  ibu yang banyak membantu dia di kala susah dan menggembirakan dia di kala berduka pergi pula dijemput Ilahi

Allah...
Allah...
Allah..

Aku yang tiada kaitan dengan dia menangis lagi..

Sekurang-kurangnya walau aku tiada ibu, aku masih ada suami..

Aku bersimpati

Ku doakan dia tabah
Setabah isteri Rasullah

Moga kau dapat bertemu kedua-dua kekasihmu di syurga kelak.
Amin.




Tuesday, May 20, 2014

Honeymooners In Da House!

Pada ketika mase dahulu, mak jemah slalu verangan fefeeling jadik heroin cite korea yg comey, putih2, sexy2, jalan pgg2 tgn dgn kekasih yg halal kt tgh2 taman vunge yg sejuk aman damai angin sepoi2 suhu 10°c gittew.

Tapi dulu mak jemah xdek duit, xdek asben, so keveranganan mak jemah, mak jemah simpan dlm lemari baju lah.

Smpai mase tetibe bile mak jemah dah veranak sorg, asben mak jemah boleh ajak mak jemah g jenjalan uols. Bile mak jemah tnye nk g mane, die kate, Ke Korea Kita. Ewahhh... bajet wak doyok lah tu asben mak jemah.

Mak jemah dengan eksaitednye mengumpul sehari 1.70sen selame 3 bulan, buat duit belanje beli kimchi kt korea nnti.

Maka, mak jemah dah asben selamat lah verangan fefeeling ala2 artis korea yg operet sane, operet sini, terbang selama 6 jam setengah naik belon panas ke korea ketika rakan2 di mesia sedang bercuti sempena hari pekerja.

Uish, best lah mak jemah n asben sbb jenjalan berdua tanpa si kecik jemah junior di sisi. Baru lah honeymoomers sejati. Hakhak.

Sebagai penyeri entri, mak jemah tempekkan seketoi dua gamba mak jemah dan asben buat kenang2ngan.

Kesimpulan, mau ke korea lagi!