Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

Semalam Berlalu Dalam Sekelip Mata!

Rasanya baru semalam Jumaat yg lepas berlalu
Rasanya baru semalam ku ajar Mama mengucap
Rasanya baru semalam ku kucup dahi Mama buat kali terakhir
Rasanya baru semalam ku rebah jatuh ke bumi tatkala doktor mengatakan Mama telah tiada
Rasanya baru semalam ku bersama adik2 memandikan jenazah Mama
Rasanya baru semalam ku bersama adik2 membantu ustazah itu mengkafankan jenazah Mama
Rasanya baru semalam ku lihat Imanina menangis tersedu2 di rumah Maksu di sisi jenazah Mama
Rasanya baru semalam ku lihat adik2 membawa Mama masuk ke liang lahad
Rasanya baru semalam ku dgr ustaz itu membaca talkin di tanah perkuburan Mama
Rasanya baru semalam hujan renyai2 itu hadir selepas selesai urusan kematian Mama...

Oh semalam...berlalu dalam sekelip mata!

*Sudah seminggu... Ya Allah, Tuhan Pentadbir Sekalian Alam..ku rindu Mama~



Sunday, July 24, 2011

Dan Mama Pergi Jua..

Dan di hari Jumaat yang mulia
Dan ketika umat Islam baru selesai menunaikan solat jemaah bersama
Mama pergi jua..
Meninggalkan aku
Meninggalkan adik2
Meninggalkan kami semua
Meninggalkan segala kenangan yang dibina

Mati itu pasti
Dari tanah asal kita
Ke dalam tanah juga kita kembali

Al-Fatihah buat arwah bonda tercinta (selamanya)
Rabiatul Adawiah binti Ahmad Doa
Hari : Jumaat
Tarikh : 22/7/2011
Masa : 2.10pm
Tempat menghembuskan nafas terakhir : ICU Hospital Selayang
Punca kematian : Septicdemic Shock Secondary To Right Thigh Abcess

*Mama...akhirnya mama tinggalkan kakyong................................................