Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, December 27, 2012

Kau Tetap Di Hati...Tempat Yang Paling Tinggi

Tangan yang bisa ku genggam
Kukuh dalam keseduan
Bahu yang bisa ku peluk
Erat dalam kesempitan
Tubuh yang bisa ku belai
Kental dalam kerinduan
Hatta ribut
Hatta taufan
Hatta hilang semua
Kau suami..
Kau tetap di hati
Tempat yang paling tinggi......


 

Wednesday, December 5, 2012

Buat Suami Yang Tiada Penggantinya

Salam penuh kasih sayang buat suami yang tiada penggantinya
Isterimu mengharap yang baik-baik sahaja untuk abg

Andai gembira hati abg, ketawa jugalah isterimu disisi
Andai berduka hati abg, bermuram jugalah isterimu disisi

Duhai sayang
Kukuhkan hatimu
Tegapkan imanmu

Sebanyak mana ujian Dia turunkan, sebanyak itu jugalah kasihNya pada kita
Sebanyak mana dugaan Dia berikan, sebanyak itu jugalah perlu takwa kita padaNya

Duhai cinta
Benarkan takdirNya
Terimalah qada qadarNya

Hari ini abg berbakti pada org tua
Esok lusa syurgalah balasannya
Sabar dan senyum dalam setiap kaedah
Tawakkal dan redha dalam setiap musibah

Duhai kekanda
Terima kasih kerana menjadi insan sempurna di mata isterimu
Isterimu menyanjungmu sepenuh kalbu.....