Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, December 26, 2013

Haluuu~

Salam yg panjang

lama sungguh tak jenguk blog nan hado ni
kalau dulu, tak cukup keyboard menaip cerita
skang ni, nak menaip baru 2 baris, sampai lah panggilan manja ayeesha

hehe

hari demi hari diredah bersama
ade manis ade tawar
ade tinggi ade rendah
ade best ade tidak
ade ong ade rugi
ade cantik ade hodoh
ade manje2 ade gadoh2

stendedlah

tapi memang dah set dlm kapla
tiada ertinya kehidupan tanpa halangan dan coba-coba

yang penting

hari ini sakit, takkan esok nak sakit jugak?
hari ini tak best, takkan esok nak tak best jugak?
hari ini ntah ape2, takkan esok nak ntah ape2 jugak?

move on!

memang takdir tu Allah Taala yg tentukan
tapi perlu di ingat..
Allah takkan mengubah nasib seseorang itu kalau bukan die sendri yang mencuba utk berubah!

Chaiyok2!
Good luck~


Wednesday, October 30, 2013

Siapa Kita Untuk Menyangkalkan TakdirNya

Dalam hembusan nafas yang tersekat-sekat
Jangkitan selesema dan batuk dari Ayeesha Si Puteri
Membuatkan perjalanan kami sehari-hari ini tidak seberapa sempurna
Duduk tak selesa, baring tidak selesa
Semuanya seakan tidak selesa, itu maksudnya

Namun, sebenarnya ini baru sedikit dugaan yang diberi olehNya
Layakkah diri kami untuk mengeluh dan mengatakan kehidupan ini tidak sempurna demi dugaan yang sekelumit cuma?

Malu menggamit rasa
Sekecil ini pun sudah mengeluh, bagaimana jika Dia "kurniakan" dugaan yang lebih besar berganda?
Masya Allah
Mohon ampun yang Maha Esa

Ya Allah
Jika benar Kau mahu memberi kami dugaan bagi menguji keimanan dan kekuatan kami
Kami bermohon agar Kau berikan juga kami keimanan yang sangat utuh untuk kami menghadapi ujian dari Mu
Kami bermohon agar Kau berikan juga kami kekuatan yang sangat sempurna untuk kami menghadapi ujian dari Mu

Dan sesungguhnya hanya Kau lah yang sebenar-benar Haq dan Zat yang memelihara kami...

Amin Ya Rabbal Alamin..


*Dear beloved SIL & BIL, stay strong.. Dia memberi dugaan kerana Dia sayang, Dia memberi ujian kerana dia kasih.. We are both praying for the best for you.. In shaa Allah. Siapa kita untuk menyangkal takdirNya?