Pengenalan yang baru..
Tiada nama, tiada suara..
Hanya bunyi ketukan jari jemari di papan kekunci..
Hati melayang jauh..
Fikiran seakan di awang-awangan..
Aku masih disini..
Di tempat yang sama ku meniti sisa-sisa remajaku..
Mendaki gunung tertinggi..
Walau mereka sudah di puncak, aku masih terkapai-kapai memegang tali..
Aku seorang wanita (sudah memasuki alam ini mungkin)
Aku seorang yang memikul segala-galanya
Aku pasti aku juga seorang pelakon yang hebat di mata dunia
Aku tersenyum kerana segalanya bermula dengan tanda..aku hanyalah HAMBA padaNYA..
Sedang aku merenung di luar jendela, satu semangat baru seakan meresap dalam jiwa..
"Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, Dia beri ku ulat bulu..
Aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat menjadi kupu-kupu yang cantik..
Itulah jalan Allah, indah pada masanya..
Allah tidak memberi apa yang kita harapka, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di atas, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan k
ita.."Sangat berterima kasih pada Cikgu Zuber diatas khidmat pesanan ringkas yang dihantar di saat air mata ku hampir menitis menahan segala-gala yang sukar diterjemah minda..semangatku tegar kembali!
4 Mac 2009
12.59am
Setapak, KL





No comments:
Post a Comment