

Dia adikku
Dia jugalah abangku
Tahu kenapa?
Kerana pada sijil lahirnya, dia jauh lebih muda dariku
Akan tetapi, badannya yang gagah perkasa membuatkan dia lebih sesuai menjadi bonzerku
Dialah adikku..
Dia adikku
Dia jugalah teman karibku
Pabila aku kebosanan tiada teman mahu bershopping
Dia bakal menjadi mangsa kerahan mengangkat barang-barangku
Dialah adikku..
Dia adikku
Dia jugalah tempat lepas geram ku
Pabila aku mula mencari salahnya
Dia tak mampu bersuara
Tahu kenapa?
Kerana seorang adik tak boleh menderhaka cakap kakaknya
Dialah adikku..
Dia adikku
Dialah buah hatiku
Walaupun aku tidak mampu mendodoikannya seperti dahulu kala
Tetapi tamparan-tamparan manja dan lenyekan-lenyekan ke atas perutnya
Petanda bahawa GUA SAYANG ADIK GUA
Dialah adikku..
*Pssstt--Adik, kalau hang bace ni, make sure 1st month gaji banje makan pizza.Sekian.





1 comment:
mane adek ko yg encem tuh...
pass sini kat aku..wink~wink~
Post a Comment