Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, February 4, 2010

Laporan Khas Kondisi Kesihatan

Ghazali Ariff & Partners
Desa Pandan
9.30am

Selamat pagi dan salam sejahtera,
(kalau mau kelihatan semangat 1Mesia, sila sebut salam 1Malaysia secara solo, ok)

Keadaan mata masih tidak stabil
Merah-merah dan sedikit bengkak lagi
Pemakaian kanta sentuh tidak dibenarkan
Jalan pula menunduk memandang lantai
(sbnrnya mencuri-curi memandang jari kaki sendri yg cumel itu)
Dgn niat, tiada sesiapa akan menjangkiti penyakit ini
(mulia sungguh hati ini, bukan?)
Kepala pula berdenyut-denyut memusing
Tekak sgt kering dan memerlukan air setiap 10 menet yang pertama dan 15 menet yang seterusnya
Dgn baju kurung ungu dan tudung ala ariani berwarna krim yang dipakai hari ini membuatkan diri kelihatan seperti seorang gadis sunti pemalu yang sedang menahan kesakitan..
Semua mata-mata memandang dengan penuh belas ihsan..
Ohhh...sungguh kasihan..

Sekian laporan setakat ini.

Laporan disediakan oleh,
Diri sendiri. 







Nota kaki - 
Laporan ini disedikan dgn niat mahu meraih simpati mana-mana pihak yang berkenaan agar dilanjutkan lagi cuti sakit lagi 2 hari...
Mane cukup 2 ari je MC???
Paling kurang seminggu..........
Hoho...0.o

No comments: