Duhai anak ibu
Sihatkah anak ibu di dalam itu?
Ibu harap anak ibu gembira dan bahagia tinggal di dalam perut ibu
Kerna ibu tahu, saiz perut ibu yg lebar itu membuatkan anak ibu bisa golek2, pusing, terkangkang, terlentang ikut suka hati anak ibu
Setakat hari ini, usia anak ibu sudah menjangkau 15 minggu bersamaan 105 hari..
Macam tak percaya sudah besar anak ibu di dalam itu
Rasa baru semalam ibu dan ayah eksaitet menunggu 2 garisan merah pd penunjuk kehamilan yg dibeli di farmasi di Sri Rampai sekembali kami dr ofis
Dan utk pengetahuan anak ibu, itu adalah penunjuk kehamilan yg ke 4 kami beli..
Kami begitu teruja untuk mendapatkan kamu wahai anak ibu sampai tahap baru lewat sehari kitaran bulanan ibu, ayahmu sudah mengarahkan ibu menggunakan alat itu di hadapan beliau utk beliau tahu ibu mengandung atau belum
Apa daaaa ayah kamu wahai anak ibu..seganlah ibu mahu berbuat sedemikian..
Tp kamu jgn khuatir, ibu masih seorang yg pemalu..ibu menggunakan alat itu di dalam bilik air dan ayahmu berada di luar pintu bilik air..
Betapa gembira nya kami (setelah ujian kali ke 4) bila dapat tahu ibumu ini mengandungkan kamu wahai anak ibu
Kami melompat bersama2
Nyaris runtuh rumah kita wahai anak ibu
Dapat dilihat dr riak muka ayah mu yg dia begitu bahagia utk mendapatkanmu
Sengeh sampai ke telinga setiap kali dia menceritakan berita kehamilan ibu pd mereka2
Ibu jugak yg tetap menten ayu
Bila mereka2 ucapkan tahniah pd kami, ibu senyum dgn penuh manis
Walaupun sekadar senyuman, namun hati ibu sungguhlah berbunga riang
Duhai anak ibu
Sehingga ke saat ini, ibumu masih lagi mengalami alah yang sedikit kurang menyenangkan
Ibu masih lagi muntah di waktu pagi, ptg atau malam
Ibu masih lagi tidak lalu makan
Ibu masih lagi loya, pening dan kadang2 terasa pitam
Muka ibu sungguhlah pucat walaupun sebelum pergi kerja ibu mekap lah jugak sikit2 ala2 Rozita Che Wan
Takut ayah mu kata ibu kufur nikmat pd set make up Bobby Brown yg beliau beri sewaktu hantaran kahwin kami dulu
Ibu nampak tak bermaya
Berat ibu turun sehingga 5 kg
Kalau dulu, berat badan ibu turun 0.5 kg pun pasti ibu buat sujud syukur
Namun kini, turun berat badan adalah suatu perkara yg ingin dielakkan
Tapi anak ibu, kamu jgn risau
Ibu mu kuat dan bersemangat
Ayahmu juga walaupun suka membebel pd ibu yg kadang2 sedikit degil, tetap menyokong ibu setiap waktu
Duhai anak ibu
Menurut Dr Marsita, gynae ibu, dirimu sedikit "lasak" di dalam perut ibu
Tp kata beliau, kamu sgt sihat
Kamu mempunyai tubuh yang tinggi
Nampak gayanya kamu mengikut ketinggian Papa Ngah, Papa Yang n Cu Intan kamu
Kerna ibu dan ayahmu adalah comel lotey =)
Dengupan jantungmu sungguh jelas kedengaran
Ibu dan ayahmu tertawa2 manja menonton kamu di skrin scan 4D di klinik itu
Sehingga tahap, doktor juga tertawa bersama
Ohh...kamu sungguh comel wahai anak ku..(mungkin juga turun ibumu..haha)
Duhai anak ibu
Kami bahagia memperoleh kamu
Semoga dirimu sihat sejahtera, membesar dgn sempurna
Sila duduk dgn sopan dan santun di dalam perut ibu itu ye
Salam sayang,
Ibumu dan ayahmu...





3 comments:
wehhh..tetiba aku baca ni aku tatau nk sedeh ke nk gelak..lawak pon ade gak...zul suh ko kencing kt benda tu dpn dia..hahaha...aku aritu, period lewat 16 hari ok! aku bli test kit tu sbijik. baru try satu dh fail.so kuciwa dan try lagi..lusa tu aku period..nk babay juge...azam 2012 niii...so ada rezki nnt, boleh laa anak2 kite satu batch..ewahhhh
mon...jgn penah kenal arti jemu...cube ari2..hihihih..gud luck dear!
awwwww so sweeeeet lah akak~
Post a Comment