Adalah dimaklumkan, bahawasanya saya dengan ini sedang mengharungi perjalanan rutin atau mungkin tidaklah rutin sgt sebagai seorang wanita yang mengandung.
Ini adalah kerana:
1) Saya mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu muntah di waktu pagi atau dalam bahasa canggihnya - MORNING SICKNESS
Akan tetapi saya adalah sedikit istimewa kerana waktu muntah saya adalah tak kira masa, tempat atau ketika.
Saya bisa muntah ketika selepas mandi di waktu pagi, ketika di dalam kereta, ketika setibanya di pejabat setiap hari, ketika sebelum makan tengahari, ketika sebelum minum petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, ketika selepas makan malam, ketika sudah baring di sebelah suami dan malah ketika sedang nyenyak tidur.....
2) Saya juga mengalami alahan mengandung yg normal, yang biasa dihadapi wanita-wanita lain semasa mengandung iaitu berasa loya-loya dan angin satu badan atau dalam bahasa canggihnya -TAK JUMPA DI GOOGLE
Saya bisa merasa loya yang teramat, (walaupun saya seorang loya - u spelled it as "lawyer"), dan berasa angin satu badan (walaupun saya seorang yang berkepala angin dan selalu naik angin - u spelled it as "cenge") setiap masa.
Saya tidak betah untuk menjamah makanan yang berunsurkan angin (mcm makan angin) bagi mengelakkan simtom kedua ini menyerang dgn jayanya.
Saya perlu berkorban menelan sahaja air liur (dgn kadar yg banyak) apabila melihat sambal tempoyak, masak lemak nangka, sambal tumis udang dan petai yg dimasak mak mertua (arrgghhhh~) dan juga air teh o panas-suam yang dicicah bersama biskut empat segi!
Oleh kerana itu:
1) Suami saya telah menjadi tukang urut secara tetap kepada saya dan kadang2 kepada mak mertua apabila saya muntah-muntah... Tidak kira masa dan ketika, suami saya sentiasa ada bersama saya untuk meredakan rasa muntah dan tidak selesa itu. Suami saya telah berusaha membeli segala jenis ubat tahan muntah, membeli segala jenis mintak angin (yg tidak membahayakan wanita mengandung seperti saya)..rumah kami dah mcm stor ubat-ubatan dan kedai minyak-minyakan..hahaha
2) Suami saya juga sejak saya perlu pantang makan ini, telah menjadi warden saya yang amat "berhemah" atau slebih tepat dikategori sbg warden yg garang dalam menjaga makan minum saya. Beliau akan sentiasa "mengkaji" jenis makanan atau minuman yang saya akan baham. Memang murni tugas beliau itu walaupun kadang2 beliau telah menghadkan makanan yang tidak sepatutnya dihadkan kepada saya. (protes). Sebagai contoh, sewaktu usia kandungan 4 bulan ke bawah, wanita mengandung tidak digalakkan utk mengambil air kelapa. Memang betul. Tapi bila saya mahu merasa nasi lemak, beliau tidak membenarkan. Alasan beliau, nasi lemak di buat daripada santan, santan adalah daripada kelapa. Eh? Saya nak makan nasi lemak! Bukan saya makan nasi air kelapa....(dush dush~)
Saya merasa segala yang berlaku adalah ujian dan dugaan dr Allah Taala. Saya cuma berfikir secara positif, walaupun saya mengalami alahan yg tidak mudah (saya tidak mahu menggunakan perkataan "teruk" kerana Kak Lynn, kakak ipar saya mengalami alahan mengandung lagi HEBAT dr saya!), saya masih kuat dan saya suka ketika dapat melihat senyuman suami saya ketika beliau usap perut saya sambil berkata...
"Anak daddy, jangan ikut perangan mummy yer...degil, x dgr cakap, sombong, garang..."
hamboh3...suke suki ye abg..patutnye abg tambah..
"Tp anak daddy ikutlah kekiutan mummy, kecomelam mummy, kesopanan dan kesusilaan mummy..bla bla bla..."
hahahaha~
*So in love with u, Daddy Zoul Azeez~






1 comment:
masni, jaga diri bebaik noh.. oh xperlu ucapan itu kot sebab daddy zoul akan jaga u lebih2 baik lagi hehe dugaan mengandung yang kita tempuh, akan hilang dengan slumberrrnya menjelang kelahiran anak dan kita akan lupa sumanya.. selamat menempuh tiap fasa perkembangan bayi.. :) -idabani-
Post a Comment