Setelah hari-hari kupendam rasa hati
Rasa merindu yang tak tercapai di naluri
Dan hari ini, hari itu datang lagi
7 Februari 2013
Jika Mama masih ada, mama sudah pun 51 tahun usianya
Di dalam usia ini, Mama mmg sgt-sgt bersyukur akan segala anugerah dari Yang Maha Esa
Suami Mama masih sihat, masih handsome, masih baik & cool seperti biasa
Suami Mama wlaupun sudah ada pengganti tpt Mama, tp di sudut hatinya, suami Mama masih meletakkan Mama tempat teratas di hatinya..
Anak sulung Mama, walaupun masih tidak kurus, tapi dia dikurniakan nikmat dari Allah Taala yang tidak terhingga
Keluarga dan kerjaya sama-sama harus di bangga
Malah tidak segan di kata, hidup anak sulung semakin sempurna
Anak kembar Mama, masih kacak bergaya
Hatta seorang ke selatan seorang ke utara, tapi hati mereka masih kukuh rindukan Mama
Kehidupan mereka walau nampak sedikit tidak seperti yang diduga, harap Mama mendoakan dari jauh akan kesejahteraan mereka
Anak bongsu Mama juga masih malas mengemas rumah dan mandi mcm selalunya
Tapi rajin bekerja
Cuma ketika ini, dia sudah meninggalkan kerjaya yang hiruk pikuk bunyinya dan mencari peluang kerjaya yang lebih bersesuaian padanya
Moga-moga yang terbaik untuknya, Mama
Menantu Mama semakin hari semakin sygkan anak sulung Mama
Segala perkara tentang anak sulung Mama, di tatang bagai permata
Anak sulung Mama berterima kasih yang tak terhingga pada Allah Taala kerna menghadirkan dia sebagai pasangan sehati sejiwa
Moga jodoh kami berdua sehingga bila-bila ya, Mama
Dan yang paling bahagia, cucu Mama sudah sembilan bulan umurnya
Ayeesha Arwa namanya
Dan kami memanggilnya Ayeeshawawa
Seperti yang Mama selalu ulangkan, jikalau Mama ada mempunyai seorang lagi anak perempuan, Mama mahu memanggilnya Wawa
Kami dah merealisasikan harapan Mama
Ayeeshawawa suka tersenyum seperti Daddynya
Banyak cakap seperti Mummynya
Kening yang cantik seperti Tok Wan Jamalnya
Dan kulit putih seperti Tok Mamanya
Mama
Walau Mama tiada di mata
Namun Mama sentiasa di hati dan di jiwa
Walau kehidupan kami seakan cela tanpa Mama
Tapi kami tahu, hidup mesti diteruskan jua
Selamat Hari Jadi, Mama
Moga kasih sayang kita semua sehingga syurga...
*Mama, yong rindu Mama.............................





No comments:
Post a Comment